CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 5

3 Beradik Cemas, Panjat Bumbung MPV Tunggu Bantuan

[Copy link]
Post time 24-1-2023 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Tiga adik-beradik berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki ditenggelami banjir di Jalan Impian, Taman Impian, di sini, hari ini.


Mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas bumbung kenderaan sebelum diselamatkan pihak bomba.




KENDERAAN dinaiki tiga beradik hampir tenggelam. FOTO AHMAD Ismail





Ketua Balai Bomba Labis, Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.51 tengah hari.


"Seramai lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.


"Sebaik tiba, didapati tiga lelaki berada di atas bumbung kenderaan yang sudah separuh tenggelam dan terperangkap di tengah kawasan yang dinaiki air.


"Mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh 30 minit," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, ketika kejadian, tiga beradik berkenaan dalam perjalanan dari Labis ke Segamat.


Operasi ditamatkan pada 2.24 petang.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat selangor ni pun hujan x henti2....mau banjir kut kalau berterusan sampai hujung minggu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lately aku tgk byk gila alpad velfire mai kg2
Ramai dh kaya kan
Sekali laki aku ckp alah diorg sewaa tu..
Ye tak ye gak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tgok dh dekat dgn tebing tu..bole berenang...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 12:10 PM | Show all posts
kotakominami replied at 25-1-2023 10:52 AM
Kalau tgok dh dekat dgn tebing tu..bole berenang...

rasanya boleh harung kot sbb dorg dah tinggi dewasa..maybe dorg takut ada lubang parit in between so dorg amik keputusan utk call for help.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tindakan pantas yang dapat menyelamatkan diri. Bagus tak panik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.082949 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list