|
Seorang lelaki memohon bantuan orang awam untuk menjejaki dua anak lelakinya yang didakwa disembunyikan oleh isteri selepas keluar dari rumah di Kuala Selangor, Selangor selama hampir sebulan.
Mohd Faizal Jamaludin, 31, yang sebelum ini pernah memuat naik hantaran di Facebook buntu apabila masih tidak dapat menghubungi anak-anaknya sehingga kini.
Dalam hantaran Facebooknya, turut disertakan beberapa gambar dan video keadaan anak bersama isterinya yang dikatakan mengalami gangguan mental sehingga berupaya mencederakan orang di sekelilingnya.
Mohd Faizal mendakwa bahawa isterinya sering mengugut menggunakan objek tajam seperti pisau apabila emosinya tidak stabil dan berada dalam keadaan marah.
Dalam sebuah video yang dikongsikannya, kelihatan isterinya memegang pisau dan cuba mengacukan kepada Mohd Faizal sehingga melukakan ibu jarinya.
Dakwanya, kedua-dua orang anak lelakinya, Muhammad Farhan Shafie, 1, Muhammad Fa'id Suhayl, 3, disembunyikan tanpa sebarang khabar meskipun laporan polis sudah dibuat.
"Saya dah tak tahu, dah puas pujuk nak tahu perkembangan anak-anak tetapi, dah hampir sebulan tiada apa-apa berita.
"Bahkan, saya dah ikhtiar guna media dengan cuba uar-uarkan maklumat mengenainya di sebuah stesen radio tempatan namun tak jalan juga.
"Laporan polis pun tiada perkembangan, mereka hanya hubungi isteri, tetapi isteri tak angkat telefon," katanya kepada Majoriti.
Mohd Faizal pada masa sama memohon bantuan warga maya untuk mendapatkan peguam bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut setakat ini.
Sumber: Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|