CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35975|Reply: 4

[Tempatan] Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib

[Copy link]
Post time 3-1-2025 11:11 PM | Show all posts |Read mode



Putrajaya: Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Peguam Zainur Zakaria, yang mewakili Majls Peguam memberitahu Bernama bahawa notis rayuan tersebut difailkan pada 3 Disember tahun lalu.

Pada 11 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Pengampunan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid (kini Hakim Mahkamah Rayuan), berkata bahawa permohonan itu di luar bidang kuasa mahkamah dan remeh, kerana beliau berpendapat keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Lembaga Pengampunan adalah sebahagian daripada proses bersepadu yang membawa kepada pemberian pengampunan oleh YDPA.

Pada 26 April lalu, Majlis Peguam memfailkan semakan kehakiman itu dengan menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta Najib sebagai responden.

Majlis Peguam memohon deklarasi bahawa keputusan Lembaga Pengampunan pada 29 Januari tahun lalu berhubung permohonan Najib untuk mengurangkan separuh daripada hukuman penjaranya, yang menyaksikan beliau dibebaskan lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028, adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan batal.

Badan itu juga memohon deklarasi bahawa keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan denda Najib daripada RM210 juta kepada RM50 juta, adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan batal.

Najib, 71, sudah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Beliau memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang menyaksikan Lembaga Pengampunan mengurangkan separuh hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun serta denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2025 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib Razak ini bahaya untuk keselamatan negara, habis digadainya negara ke negara luar.

Masa tu barulah korang cirittttttt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 2 tahun dah menggelupur Pahlawan Bugis dalam penjara.

Pahlawan apa ni???

Ini yang Etnis Melayu bangga????
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Gay memang ramai benci najib

Propaganda dan brainwashing dari golongan LGBT untuk memperkasakan agenda woke mereka

Lihatlah di amareka bagaimana golongan ini mengadu domba serta menghasut agar kaum mereka (yakni kaum nabi lut) memenangi pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
walanon2 pun dah senyap dah sekarang ni.. majlis peguam pulak yg beria2 nak cabar pengampunan najib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.042631 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list