CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Kos rawatan ICU RM11,509.27 sehari, kami tak mampu'

[Copy link]
Post time 19-1-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Na’im (dua kiri) menyerahkan sumbangan membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang diserang strok di Madinah kepada anak mangsa, Amar Irfan Shaary (tiga kiri) dan ditemani isteri mangsa, Siti Rahmah di Kompleks Islam Putrajaya. FOTO Eizairi Shamsudin

Putrajaya: "Ikutkan pihak hospital sana (Hospital Madinah, Arab Saudi), susah nak lepaskan suami dibawa pulang (ke Malaysia) sebab keadaan dia kritikal.

"Memikirkan kos rawatan di sana mahal sehingga mencecah 10,000 Saudi Riyal (RM11,509.27) sehari, kami tak mampu. Insuran dan duit simpanan pun dah habis guna," kata Siti Rahmah Che Heng, 67.

Suami Siti Rahmah, Shaary Ahmad, 72, diserang strok ketika menunaikan umrah sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Madinah, Arab Saudi sejak 30 Disember lalu.

Shaary selamat dibawa pulang ke tanah air, semalam, namun masih dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di ICU Hospital Putrajaya, di sini.

Bercerita lanjut, Siti Rahmah berkata, dia dan suaminya berangkat menunaikan ibadah umrah pada 17 Disember lalu.

Menurutnya, suaminya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan darah tinggi pada mulanya demam dan batuk.

"Saya ingatkan ia biasa sebab faktor cuaca sejuk. Sampai di Madinah, dia demam lagi sebelum rakan sebiliknya menghubungi saya memaklumkan suami terbaring di lantai.

"Ketika itu separuh badan sebelah kiri dah strok. Keesokan paginya baru dapat dibawa ke Hospital Madinah dan terus dimasukkan ke ICU," katanya ketika ditemui di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di sini pagi ini.

Pada sesi itu, Datuk Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar menyerahkan cek RM30,000 hasil sumbangan Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada waris Shaary bagi menanggung baki kos rawatan di Hospital Madinah.

Difahamkan, sejumlah RM100,000 diperlukan bagi menanggung kos proses membawa pulang Shaary menyebabkan ahli keluarga terpaksa memohon bantuan kepada orang ramai.

Sementara itu, anak bongsu Siti Rahmah, Amar Irfan, 28, berkata, dia sekeluarga berterima kasih kepada Yayasan Taqwa dan orang ramai atas sumbangan diberikan.

"Sudah banyak juga kami berhabis wang sehingga mencecah puluhan ribu. Alhamdulillah, dengan sumbangan daripada orang ramai dan Yayasan Taqwa dapat meringankan beban kami sekeluarga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hari-kami-tak-mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061567 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list