CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18499|Reply: 237

Turut Memperkenalkan Dua Adiknya, Puteri Sarah Jawab Kenapa Keluarganya Tak Lantang Bersuara

[Copy link]
Post time 18-1-2023 01:08 AM | Show all posts |Read mode



Pasti ramai yang perasan disebalik kemelut rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, ahli keluarga Puteri Sarah dilihat seperti tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti keluarga Syamsul.

Menyedari persoalan ramai tentang keberadaan ahli keluarga ketika dirinya bergelut mempertahankan rumah tangganya sebelum ini, Puteri Sarah menegaskan ahli keluarga dan ibu bapanya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah yang dihadapi kerana faktor kerjaya.

Memetik Kosmo, kebanyakan ahli keluarganya bekerja dalam bidang profesional di mana mereka lebih banyak memerhati dari berbunyi tetapi tetap memberikan sokongan.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya.

“Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Semalam, Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adiknya iaitu Puteri Sofia dan Megat Imran yang hadir menemaninya kepada pihak media.






“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.

“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.

“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” katanya.



  


  





Sekadar info, Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Dia mempunyai empat adik beradik yang mana dia merupakan anak sulung, dua adik perempuan dan seorang lelaki. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu kalau golongan profesional tak boleh ulas apa2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Uitt semua mata coklat?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh…educated adik beradik ps ni. Terbaiklah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dia nak cakap keluarga dia orang hebat baik2 la ni..aku kesian nasib dia dalam rumahtangga..tapi masa yang sama meluat jugak..macam dah hanyut dengan perhatian pun ada..yelah dulu bukan pelakon popular pun..sekarang hari2 orang sebut nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
No wonder la datin terkilan dapat besan baru. Besan lama nampak bagus sopan xbising Cam besan rempit. Kalau aku jadi datin pon xhingin aku pilih besan rempit. Besan sedia ada dah bagus Sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2023 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
darling0802 replied at 18-1-2023 01:24 AM
Baru tahu kalau golongan profesional tak boleh ulas apa2 ya

Kalau company I memang begitu.
Sebab sekarang zaman viral.
Komen-komen lantang atau tak semenggah boleh menjatuhkan reputasi company.
So we ol memang kena careful esp bab komen-komen kat social media.
Kalau dh menggelupur tu ramai komen pakai fake profile je
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
bluecrystal replied at 18-1-2023 01:58 AM
dia nak cakap keluarga dia orang hebat baik2 la ni..aku kesian nasib dia dalam rumahtangga..tapi mas ...

Kannnnnnnnn.
Skarang kat bio IG dia tulis lak kelulusan apa, Bachelor apa.
Adik-adik kerja apa. Grad mana.
Mak ayah.
Aiyo motiplah minah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 18-1-2023 02:27 AM
Kannnnnnnnn.
Skarang kat bio IG dia tulis lak kelulusan apa, Bachelor apa.
Adik-adik kerja apa. G ...

Betul. Dia tak perlu kot nak justify kenapa adik beradik dia diam. Cakap je dekat reporter “Mereka ada support saya dari belakang. Mereka bukan public figure jadi lebih baik diam sahaja. Biar saya bercakap” agak ckp lebih kurang mcm ini dah ok kot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
pape pun mmg kena cari yg sekufu bukan saja pasangan tapi family dia jugak.. iols dah tgok depan mata bila 2 family dari lain background berbesan mmg kucar kacir.. 1 family rempit 1 lagi family educated..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
darling0802 replied at 18-1-2023 01:24 AM
Baru tahu kalau golongan profesional tak boleh ulas apa2 ya

They’re commonly advised against posting any personal statement or stance on social media; what’s more hot issues like this.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe replied at 18-1-2023 03:55 AM
pape pun mmg kena cari yg sekufu bukan saja pasangan tapi family dia jugak.. iols dah tgok depan mat ...

Kalau satu family educated, satu family kaya raya tapi tak educated?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cleocatra replied at 18-1-2023 03:40 AM
Aku pun perasan menda yang sama. She macam enjoy dengan perhatian, sanjungan yang sheol dapat sekara ...

Penah tgk dia ni berlakon ada satu drama apatah kt alhijrah mak aku tgk..bukan x menyerlah tapi mmg x pandai berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 18-1-2023 02:08 AM
No wonder la datin terkilan dapat besan baru. Besan lama nampak bagus sopan xbising Cam besan rempit ...

Yang ni memang faktor besar kalau kahwin dengan orang ada ada. Yang aku tengok dalam family la.

Tin tu nampak sopan. Ada kelas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 18-1-2023 02:33 AM
Betul. Dia tak perlu kot nak justify kenapa adik beradik dia diam. Cakap je dekat reporter “Merek ...

clap clap clap
Also, nampak sgt PeeAss jenis kisahkan sgt dgn netizen. Validation dari netizen?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 18-1-2023 02:27 AM
Kannnnnnnnn.
Skarang kat bio IG dia tulis lak kelulusan apa, Bachelor apa.
Adik-adik kerja apa. G ...

Dia nk justify dia lg up dr fam ira yg so called "rempit" agaknya. While pic rempit pprt sheol ngn ammar btebaran di internet. X portray pun dia dr fam yg bkelas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2023 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kalau sektor profesionsl takde nk viral2 bodoh ni....tak sekufu langsung PS dgn sol..lebih2 lg IK..lawa2 dan cantik family PS..beauty with brain semua. Go Sarah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk kerjaya professional especially dgn gomen mmg tak bole nak buat viral sgt tambahan yg negative. Kang tak pasal2 kena transfer tempat keje & dpt surat cinta. PS skrg tgh enjoyed roasting degawan clan. Its time to stop PS, dah nak jadi mantan je si sol tu. Sedekah je la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nham22 at 18-1-2023 06:35 AM

Kalau bukan sbb kerjaya pon... Perlu ke nak memekak kat social media...cam org xbrape nk educated...  Sesiape pon sebelom nak loud ape2x isu.. Kene fikir pro n cont... Itu saja... Kene bijak uruskan social media masing2x
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha nasib lah ps. Sekarang sebab thread dibuka banyak sangat sampai dah jadi kecaman pulak. Padahal org tu aman aman je bercerita bezanya dia bercerita kat wartawan kalau kita pun riuh rendah jugak sebab dapat limelite. Let her be lah..aku tak batak mana mana retis tp kalau serba serbi org tu kita nak kutuk, agak agak lah. Btw dgn jah pun aku akan ulas benda sama kalau sekecil2 benda pun acik2 nak kutuk dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.054995 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list