CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40043|Reply: 19

[Politik] Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno

[Copy link]
Post time 14-12-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BERNAMA
14.Disember.2024



Kuala Lumpur: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, setakat ini Tengku Zafrul juga tidak ada bertemu dengannya untuk membincangkan perkara itu.


"Jadi kita tak dapat mengesahkan berita berkenaannya," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ke-4 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media yang mendakwa Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan menyertai PKR untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Ahmad Zahid berkata, parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya mengambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.


Justeru beliau menasihati semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menjaga perpaduan yang terbina dalam gabungan tersebut sebaiknya.

Malah beliau turut mengingatkan ahli dan pemimpin parti untuk mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi masing-masing.

"Apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan. Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli-ahli menilai integriti seseorang itu," katanya.

Ditanya mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya.


Sebelum ini Laporan RCI itu mengesyorkan antara lain, siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
xde beza pung....lain la kalo dia msk PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif msk pkr?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja cari pasal ke zafrul ni. Tak boleh tunggu pru16 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 14-12-2024 03:42 PM
Motif msk pkr?

nak jd mb selangor la. duk dlm umno mcm takde harapan je sbb selangor tu dikuasai PH
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkahkah

Org kampung aku kata there's no honour among thieves
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 14-12-2024 04:22 PM
nak jd mb selangor la. duk dlm umno mcm takde harapan je sbb selangor tu dikuasai PH

Bgs gak jd mb selangor. Mb skrg ni mcm x brp function jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 06:22 PM | Show all posts
cc @nona84 dah ada thread ni haa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 06:24 PM | Show all posts
zafrul ni nak bertanding dekat dun mana nyah??
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Azmin Semburit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
walanon2 buat2 lupa misi sebenar para walanon dulu

bukan dulu walanon2 cakap nak tangkap zafrul sbb rasuah merompak duit rakyat bilion2 kah
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm tak betul ja laporan tersebut

kalau la betul zafrul aziz akan masuk pkr, walanon2 boleh terimakah.. tidakkah nanti walanon2 akan keluar berguling2 di jalanan membantah keahlian zafrul aziz dlm pkr
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambitious wehh.. tazangka
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 09:54 PM | Show all posts
ketua.. dorang curi menteri kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols merajukkah?


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:11 PM | Show all posts
Nak pinjam kerusi parlimen Kl dari dap tak dapat, yang ada pula nak keluor. Gossip je kut ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 14-12-2024 06:22 PM
cc @nona84 dah ada thread ni haa

Ada gosip hot apa lagi ni uols?


Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubar pun boleh dah umno..separuh masuk pkr separuh masuk dap
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
PKR Baru tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengku Zafrul bijak. Dah tau Umeno ni x kan org undi jika Jibun bebas. Harap reput tinggal 5 kerusi kt penjilat dedak tegar je next PRU dek!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.046867 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list