CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 4

[Tempatan] Isu lewat, Batik Air diarah kemuka surat tunjuk sebab

[Copy link]
Post time 13-1-2023 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Isu lewat, Batik Air diarah kemuka surat tunjuk sebab

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... surat-tunjuk-sebab/

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
13 Januari 2023, 9:08 pm

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Batik Air susulan isu kelewatan penerbangan OD 7634 Kuala Lumpur – Kuching pada 23 Disember tahun lalu.

MAVCOM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, surat itu dikeluarkan semalam, dan Batik Air diminta mengemukakan representasi secara bertulis kepada MAVCOM berhubung isu itu.

Menurutnya, pihaknya tidak berpuas hati dengan maklumat diberikan Batik Air berhubung gangguan komunikasi pada penerbangan itu, malah langkah pemakluman kepada pengguna terjejas juga tidak mencukupi.

“Ia adalah kewajipan MAVCOM untuk memastikan penyiasatan yang objektif dan mendalam dijalankan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Suruhanjaya perlu mengesahkan semua maklumat dari syarikat penerbangan dan pengguna yang terjejas bagi memastikan tindakan seterusnya adalah wajar,” katanya.

Katanya, syarikat penerbangan boleh dikenakan penalti kewangan tidak melebihi RM200,000 untuk kesalahan pertama dan 10 kali ganda amaun bagi kesalahan kedua atau seterusnya jika didapati gagal mematuhi Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

Jelasnya lagi, sehingga kini, MAVCOM telah mengenakan penalti kewangan berjumlah RM4.7 juta terhadap syarikat penerbangan kerana ketidakpatuhan kepada MACPC.

Sebelum ini, penerbangan Batik Air OD 7634 yang dijadualkan untuk berlepas dari Kuala Lumpur ke Kuching pada pukul 11.35 malam pada 22 Disember 2022 ditangguhkan selama lapan jam sekali gus menjejaskan seramai 170 penumpang.

Berhubung pembatalan pembatalan penerbangan D7 219 oleh AirAsia X Bhd (AirAsia X) dari Melbourne ke Kuala Lumpur pada 2 Januari lalu pula, MAVCOM menjelaskan AirAsia X sudah menawarkan beberapa pilihan kepada pengguna terjejas.

Menurutnya, syarikat itu telah menawarkan pengguna bayaran balik penuh tiket penerbangan atau penerbangan alternatif sama ada pada tarikh yang terdekat atau tarikh lain bersesuaian.

“AirAsia X turut memberikan pilihan kepada pengguna terjejas untuk menempah semula penerbangan mereka dari Melbourne ke Kuala Lumpur dari tarikh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 tertakluk kepada ketersediaan penerbangan.

“AirAsia X juga telah menempatkan semula pengguna-pengguna penerbangan D7 219 dalam penerbangan lain antara 3 hingga 7 Januari 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2023 11:10 PM | Show all posts
Lepas ni Air Asia pulak....ke si TF ni kebal takda sapa berani nak usik?....pelanggan terbesar KLIA2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 01:10 PM | Show all posts
penangan menteri DAP. Ni yang ramai melayu takut
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk komplen pasal AA tp BA pulak yg kena...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by n3ar at 15-1-2023 10:16 PM

Batik Air (Malindo Air) memang dah sampah... Lepas zaman covid ni, orang semua dh buka office.. Dia tak buka2.. Aku call customer service tak pernah berangkat...

Pengalaman anak kena demam campak.. So aku nk minta tukar tarikh flight.. Call hari2 tak dapat..nak g pejabat customer service kt NU Sentral tutup.. Emel dah berapa kali x berbalas... Penyudahnya aku g jer kt airport subang ada office kecik... Siap tunjuk surat doktor (dari hospital gomen) tulis anak aku confirm demam campak... Staf situ suruh beli tiket baru..lepas tu dia cuba contact HQ.. Tk thu apa yg dicakap, kedian dia call org lain.. Pastu gtau aku yg makcik dia keje doktor kata boleh naik flight. Pdhal penyakit berjangkit kot.. Aku siap cakap ni surat doktor, & doktor tu cakap highly contiguous & jangan naik flight, bas kenderaan awam. (plus wife aku keje hospital, tp ni aku x cakap).. Dia jawab  balik kalau xnk encik kena beli tiket baru.. Last2 aku persetankan keselamatan org lain sebab Batik Air bodo, aku naik gak flight tu.. Lantak apa jadi sebab company ko bodo..


2 bulan lepas tu customer service Batik Air bodo baru reply email aku psl aku request nk tukar tiket flight tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.034720 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list