CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

Harimau Malaya harus pandang ke hadapan

[Copy link]
Post time 12-1-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode

PEKAN mendedahkan sesuatu yang positif dengan memper­kenalkan ramai pemain baharu dan muda untuk memberikan mereka pengalaman di pentas antarabangsa.

Harimau Malaya harus pandang ke hadapan

SKUAD negara perlu terus pandang ke depan meskipun harapan untuk melangkah ke final Piala AFF 2022 tidak kesampaian selepas tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand pada aksi separuh akhir kelmarin.

Pandangan itu disuarakan oleh penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli yang optimis semua pihak mengambil pendekatan terbuka dengan menganggap apa yang berlaku adalah sebagai persediaan ke Piala Asia 2023.

Menurut Pekan, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon telah melakukan sesuatu yang positif dengan memper­kenalkan ramai pemain baharu dan muda untuk memberikan mereka pengalaman di pentas antarabangsa.

“Saya harap kita dapat terus pandang ke depan satu proses atau persediaan ke final Piala Asia 2023.

“Mungkin ada dalam sebila­ngan pemain dalam skuad Piala AFF 2022 kali ini dapat diserapkan dalam skuad utama nanti.

“Ini kerana apa yang dilakukan oleh Pan-gon dengan memberi peluang kepada mereka sepanjang kejohanan boleh dianggap sebagai langkah yang positif,” katanya.

Mengulas lanjut, Pekan turut mengakui prestasi pasukan Thailand jauh lebih baik dan mereka sememangnya layak untuk beraksi di pentas final menentang Vietnam nanti.

Selepas ini, skuad negara fokus pada aksi Piala Asia 2023 selepas melayakkan diri ke kejohanan berprestij itu buat kali pertama sejak edisi 2007.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... pandang-ke-hadapan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053399 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list