View: 2983|Reply: 36
|
'Jagalah Isteri Dengan Baik' - Edika Yusof
[Copy link]
|
|
Pengalaman melihat kesukaran ibunya membesarkan anak-anak selepas diceraikan membuatkan pelakon, Edika Yusof bertekad untuk terus mempertahankan kebahagiaan rumah tangganya.
Kata pelakon berusia 55 tahun itu, dia faham perasaan seorang isteri yang terpaksa berkongsi kasih dan berusaha untuk terus memberikan kebahagiaan kepada isteri, Nor Hidayah Yusri dan tiga anaknya.
“Bapa saya berkahwin lebih daripada satu dan ada juga saudara lelaki terdekat melakukan perkara sama. Apa yang saya lihat, bukan mudah bagi seorang suami yang berkahwin lebih daripada satu untuk memberikan keadilan menyeluruh kepada isteri dan anak-anak mereka.
IG Edika
“Saya melihat bagaimana sukarnya ibu membesarkan kami adik-beradik selepas diceraikan bapa.
“Sukar untuk saya ulas tentang perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan jagalah isteri yang satu dengan baik.
“Letakkan diri kita dalam situasi, hati dan perasaan mereka. Sekiranya seseorang lelaki itu ditakdirkan berkahwin dua, mereka kena betul-betul berlaku adil,” katanya yang ditemui selepas sesi pratonton drama bersiri, Projek High Council, semalam.
IG Edika
Pelakon Maria Mariana ini pernah menjadi inspirasi ramai selepas kisah kesetiaannya menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan tular, sedikit masa lalu.
Kata Edika, timbul kerisauan dalam dirinya apabila ada pihak yang datang dan meminta pandangannya berkenaan isu rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang sedang tular.
“Memang risau apabila orang rujuk kepada saya tentang kisah rumah tangga orang lain. Saya bukan malaikat, hanya seorang suami yang mahu menjaga isteri dan anak-anak dengan baik.
“Sebagai suami, memang terasa tempiasnya apabila kisah begini diperkatakan ramai. Saya kena berhati-hati, pastikan hanya keluar dengan kawan-kawan lelaki bagi mengelakkan fitnah.
“Apa yang saya buat adalah untuk keluarga, bukan untuk orang lain,” katanya lagi.
Disoal tentang rahsia keharmonian rumah tangga, kata Edika, pasangan suami isteri perlu saling memahami dan jujur antara satu sama lain.
“Kami sama seperti pasangan lain, ada masa berselisih faham dan menyebut perkataan yang kami sendiri tidak suka ketika bergaduh. Tetapi, apa yang kami buat adalah berbincang dan cuba mencari penyelasaian kepada masalah yang timbul.
“Saya tidak mahu kongsi hal rumah tangga di media sosial. Perkara itu terlalu sensitif dan yang menanggung kesannya adalah anak-anak kerana mereka menjadikan ibu dan bapa sebagai contoh,” jelasnya.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapala setiap kali mesti nama dia kena petik
Takut kang esok2 dia plak diuji camne?
Masih kah ada yg nak puji lagi atau keji plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Matang jawapan pokcik edika ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pun, jgn lah nk puji sgt. Kita pun tak tau dia mcm mana in future. Semoga tak berubah hendaknye |
|
|
|
|
|
|
|
Masih handsome, segak, satu je kureng, harta. Sbb tu masih mampu berpijak di bumi nyata. Alhamdullillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Msh segak n hensem heols ni |
|
|
|
|
|
|
|
Biar la dia. Aku rasa dia dah diuji pon time isteri dia sakit. Dan tulis kat atas tu dia cuba berusaha untuk elak fitnah dan keluar dengan lelaki.
Untuk tempoh perkahwinan dia tu walaupon kita x tau future tu ape nak jadi, tapi apa yang dia dah buat tu wajar diberi pujian. Sebab ade orang tak mampu pon nak bertahan untuk 5 tahun pertama.
Apa2 doakan terbaik dan setiasa di dalam rahmat Allah |
|
|
|
|
|
|
|
ada tgk tak bidio intebiu acikedika, kemas la cara acikedika susun cakap. huhu acikedika kata kalau org prmpuan boleh kawen dua, yg jd suami pertama mesti takleh terima jugak sama ja. |
|
|
|
|
|
|
|
tom2 replied at 11-1-2023 05:56 PM
Biar la dia. Aku rasa dia dah diuji pon time isteri dia sakit. Dan tulis kat atas tu dia cuba berusa ...
4 thn pon dah mcm2 mende dibuat menyeksa bini.. mcmana lah ahkak nak nasihat kwn yg hadapi tp xde kekuatan nak blah dr marriage.. ntahlah x reti dah nak ckp . Habis perkataan dah nasihat adik2 rakan skeja |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri dia cantik.. Edika masih gd looking.. cuma curious satu.. rambut tanam eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dah dia buat dah wajar diberi kredit..bukan mudah nak jaga wife yang lumpuhhh...btol future xtau mcm mana. Hrp2 dia masih kekal setia....bnyk dah pahala dia dapat...lelaki skang isteri lumpuh kawin lain jer. Lebih malang bini baru tuh disuruh jaga bini lumpuh.kuang ajo. |
|
|
|
|
|
|
|
Jejaka pujaan dolu dolu ni |
|
|
|
|
|
|
|
No wonder Heols bertahan dalam rumah tangga.. Sbb pernah tgk mcm mana mak Heols berkongsi kasih |
|
|
|
|
|
|
|
org helok mmg setia.. mm.. mm |
|
|
|
|
|
|
|
limau_lemon replied at 11-1-2023 10:40 PM
No wonder Heols bertahan dalam rumah tangga.. Sbb pernah tgk mcm mana mak Heols berkongsi kasih
ada jugak yg ikut jejak siayahnya terlupa plak maknya pernah merana suatu masa dulu.
apa pun semua atas peel kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya yang dah tengok bapak sendiri kawen lebih 1 ni la yang tak sanggup buat kat isteri sendiri..dia pun rasa susah jumpa bapak, kasih sayang dan layanan lagi lah kurengg. Kesiann. Korang orang laki ni yang terniat lawen lebih, cube tengok balik jadual harian tu, kalau kerja pun busy terkejar2 nak balik rumah, padam terus jelah niat tu. Ko takkan mampu pun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|