CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2774|Reply: 36

Susah Bernafas, Tak Boleh Berdiri, Menggigil Seluruh Badan- Wawa Zainal Taubat Tak Nak Minum Kopi Lagi

[Copy link]
Post time 11-1-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Wawa Zainal berdepan detik cemas apabila jantungnya dengan tiba-tiba berdegup laju selepas menikmati secawan minuman berkafein.


Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata dia juga mengalami masalah sukar bernafas dan tidak boleh berdiri serta menggigil seluruh badan.


Foto: IG




"Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergembira borak-borak, tiba-tiba saya punya jantung macam laju.


"Saya cuba berdiri, kaki badan tangan semua menggigil, susah nak bernafas. Macam tak jumpa nyawa dah masa tu Ya Allah panik sangat," katanya.


Wawa berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa.










Selepas insiden itu, Wawa berkata dia mengambil masa selama dua jam untuk pulih sambil ditenangkan suaminya iaitu Aeril Zafrel.


Malah Wawa juga memberitahu tidak sanggup berdepan dengan kejadian mencemaskan itu lagi.


"Aeril cuba tenangkan saya mungkin sebab anxiety dan ajar macam mana nak kawal. Dua jam juga saya berperang dengan perasaan yang pertama kali saya alami. Jangan datang balik ya, Allah tak sanggup," katanya lagi.




  



Disebabkan kejadian itu, dia mengambil keputusan membuang semua stok kopi yang ada memandangkan sebelum ini dia juga sering berasa tidak sedap badan kerana gastik dan sebu.


Dalam perkongsian yang lain, Wawa turut berkongsi kesan mengambil terlalu banyak minuman berkafein.


  



"Boleh kena serangan panik eh? Taubat tak nak dah minum," ujarnya.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2023 09:50 AM | Show all posts
ni nak promote produk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 09:54 AM | Show all posts
sikit2 anxiety.. sikit2 anxiety.. mana tau ko ada thyroid ke.. jantung ke...
gi spital la kak oiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 09:56 AM | Show all posts
"Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergembira borak-borak, tiba-tiba saya punya jantung macam laju.


ni kes minum teh or kopi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Siput_Sawah replied at 11-1-2023 09:56 AM
"Malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergem ...

Kannn aku pun poninggg
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Minum air kosong banyak2 kasi dilute...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Circle iols, selepas booster semua dah xleh minum kopi. Gastrik terok
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
D usia 32tahun dah serba mewah.
Tahniah la kepada agent2 yang mengayakan retis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2023 11:13 AM | Show all posts
dia xblh minum kafein la tu..pi cek doktor la nape nk claim anxiety plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by intan244 at 11-1-2023 11:23 AM

meols smlm pagi kol10 minum kopi 3in1 2 sachet kat office. pastu hyper sampai pukul 3stgh pagi xleh tido. pagi ni mata panda. terlebih dose sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagi kluar la produk baru kopi tanpa kafein????
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kena mase preggy 5 bulan.mmg rase mcm nak mati..jd sesak nafas..pastu insof,stop minum kopi smpai bersalin..pi klinik doc kata caffeine mmg boleh bt jd tachy..heartbeat fast,tmbh lak tgh preggy heartbeat sedia ada laju nk pump drh byk..mmg aku rase nak mati dh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 11:30 AM | Show all posts
Teh kan ada caffeine jugak walaupun sikit. Bukan kopi je.

Kalau sheols memang dah diagnosed ada anxiety, memang la caffeine buat anxiety symptoms tu jadi teruk. Kalau tak, tak payah la canang ada anxiety bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 11:37 AM | Show all posts
kopi timbang kilo kot yg sheols minom??
kopi byk je khasiat kalau minom berpada2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream: kopi timbang kilo kot yg sheol ...


Baru nk ckp.. klu 3 in 1 ke yg ala2 jamu ke hati2 la nk minum
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun x berani kalo gi makan memana order kopi. Mesti lepas tu sakit kepala.. ntah apa kopi dibancuhnya.. kopi umah je selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2023 02:00 PM | Show all posts
Edited by sofi_sofia at 11-1-2023 02:01 PM

ntah2 ko yg mencekik tak ingt dunia dgn msgnya, dgn sodium nya, dgn lemak segala + telan produk2 ko sendiri then salahkan kopi .. teh .. gi lah hosp cek buah pinggang .. ngadu kat socmed bukan membantu pun!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata: Circle iols, selepas booster s ...

this is so true. me also. siap pakej masuk wad sbb gastrik teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 11-1-2023 10:32 AM
Circle iols, selepas booster semua dah xleh minum kopi. Gastrik terok

Ada kaitan ke sis dgn booster? Menarik utk dikaji ni. Meols tak pernah ada gastric, tapi sejak dah kena cocok vaksin cobit ni,  kalau perut kosong, senang kena gastrik. Yg siap sakit ulu hati.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aku ingat dia nk ckp. tobat xnk menggedik dkt sosial media lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.092224 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list