CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1904|Reply: 17

'Macam Kipas Berpusing, Pejam Mata Lagi Sakit' - Zarina Zainuddin Diserang Vertigo

[Copy link]
Post time 9-1-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Zarina Zainuddin menerusi hantaran di Instagram membuat perkongsian mengenai dirinya yang diserang Vertigo, baru-baru ini.


Pelakon itu menceritakan bahawa dia mendapat serangan Vertigo setelah selesai mandi.




IG Zarina




Akui dirinya sudah semakin sembuh, Zarina menyatakan bahawa mungkin serangan itu berlaku disebabkan dirinya yang banyak merantau serta selesai menguruskan urusan ibunya keluar dari hospital di Ipoh.


Di ruangan komen, rata-rata netizen yang pernah mengalami situasi sama turut berkongsi petua diamalkan apabila diserang Vertigo, malah ramai menitipkan doa agar Zarina cepat sembuh.




  



Sekadar info, Vertigo adalah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil. Pesakit akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing.


Dalam sesetengah keadaan, Vertigo mungkin berpunca daripada kecederaan leher atau otak, masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok, sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga, serta migrain




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan ubat betaserc.

Bukan buat video tayang muka....

Sakan!.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm muka siti nurhaliza je ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:45 PM | Show all posts
terpaling semua penyakit nak claim lah kak long amazon ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangun slow2. Fokus mata kat satu object.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit vertigo ke rupanya? Saya baru kena minggu lepas! Balik rumah dari ofis, tolong sekejap di dapur potong bawang sedia bahan masak segala, kemudian masuk bilik salin pakaian, ada rasa denyut atas kepala. Tak lama lepas tu rasa nak rebah...mata berpinar, badan tak balance, rasa mual nak muntah. Terus telan 2 biji panadol - baring dan tertidur!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain sungguh muka dia? Alergik seafood ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:00 PM | Show all posts
takdenya vertigo sebab penat. ntah2 mandi air masuk telinga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit mak aku la ni sekarang. Dia mula2 rasa telinga macam berdesing atau ada macam serangga berjalan2 kot. lepastu teruslah kepala pusing tengok kipas lagi lah lajuu pusing. Tak leh buat apa2. Kena baring dan pejam mata je. Ada tahap tu sampai muntah2.
Kalau lambat makan pun camtu. Kadang2 sidai baju tengah panas pun jadi camtu. Kadang tengah baring2 tiber2 pusing. Yang pasti ia terjadi kat orang darah rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 9-1-2023 09:16 PM
Penyakit mak aku la ni sekarang. Dia mula2 rasa telinga macam berdesing atau ada macam serangga berj ...

Pernah kena jugak camni,iols ingat dah nak mati
Vertigo ke tu?
Bila jadi kali kedua,iols akan geleng2 kepala,pastu duduk mcm menyangkung tu.bila ok sikit,pegi basuh muka n minum air.
Dulu selalu jadi,skrg dah takde sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 9-1-2023 09:16 PM
Penyakit mak aku la ni sekarang. Dia mula2 rasa telinga macam berdesing atau ada macam serangga berj ...

org tekanan darah rendah sll kena masalah vertigo nie
meolls pernah 3 4 x kena
eventho pejam mata still x selesa sbb kepala rasa berpusingpusing mcm dilambung ombak
terasa mual nak muntah
ala2 gempa bumi dibuatnya
kena byk berehat dan mkn buahan maknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
pujanggacinta replied at 9-1-2023 09:36 PM
org tekanan darah rendah sll kena masalah vertigo nie
meolls pernah 3 4 x kena
eventho pejam mata  ...

yer betul. dulu iols tatau la ape benda vertigo ni tp selalu jadi mata berpinar pusing2 kepala tiba2 je dtg pejam mata berdenyut2 kepala tp iols punya tak teruk sgt cuma kerap sgt jadi.
iols mmg darah rendah. jmp doc explained itu ini, igtkan sbb tak cukup makan berkobar-kobar dah iols nak mkn lebih kononnye sekali doc ckp vertigo.
skrg ni mcm bahaya plak sbb kdg2 iols kene time drive
abg kwn i kene masa tgh bawak moto, mujur kat jln kg je. org tgk dia menonong tup2 rebah tergolek dgn moto. mmg pengsan smpai hospital seharian baru sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 9-1-2023 09:16 PM
Penyakit mak aku la ni sekarang. Dia mula2 rasa telinga macam berdesing atau ada macam serangga berj ...

iols kene vertigo last year.. xtau apa punca.. sbb iols yakin itu bukan pening biasa.. gi jmp doc klinik.. so doc bg mcm cucuk air apa tah.. mkn ubat pastu ok dlm 2hari..
bila uols kate tekanan darah rendah tu.. betul la tu iols sejenis begitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 09:51 AM | Show all posts
acik kerap juga kena. jangan kan kata berdiri, sakan dah baring pejam mata pun rasa berpusing2 macam kena spin dalam mesin basuh nak bangun berak pun bercinta betul.

tu jam memang tutup lampu paksa diri untuk tido. apaknya je la yang menjengah sesekali, menjerit2 si bulus mintak bukak pintu tade mak heran    
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak Aku pernah kena....mmg teruk masa kena . Dkt 6 bulan...Kurus Kering mak Aku masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pujanggacinta replied at 9-1-2023 09:36 PM
org tekanan darah rendah sll kena masalah vertigo nie
meolls pernah 3 4 x kena
eventho pejam mata  ...

Mak iols memang suka makan buah dan sayur. Tapi ikan2 ayam dan daging sangat cerewet. Kurang nak jamah sebab hidung sensitif cepat je bau hanyir. Tula kurang makan protein. Orang tua kan kadang tak selera makan. Mak iols kurus je orangnya. Pergi hantar rombongan meminang cucu. Itu jam lah kena vertigo kat rumah yang dipinang tu. Last2 bakal cucu menantu plak yang jaga mak iols bawak p bilik air muntah2 lepastu pinjam bilik nak baring. Lama tau nak bagi elok balik. Dh ok ckit baru boleh balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 9-1-2023 09:53 PM
yer betul. dulu iols tatau la ape benda vertigo ni tp selalu jadi mata berpinar pusing2 kepala tib ...

Weiii mak aku pernah kena masa naik moto balik marhaban orang kampung. Cuaca panas. Mak aku makan apa tah..kadang menu tak kena dengan perut pun boleh jadi. Kalau perut kosong lepastu sumbat benda2 berangin. Hah berpusing lah kau. Balik2 tu tengah jalan tiber2 nak jadi..nasib baik la sempat berenti tepi jalan. Orang kampung nampak terus angkut hantar rumah. Sampai rumah nak pitam dah muntah2 bagai..haishhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa banyak tred acik ni semenjak dua menjak ni? bosan yach
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.421498 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list