Sumber IG
Sempena tahun baharu, turun berat badan seolah-olah menjadi azam wajib dalam senarai perkara yang perlu dicapai dalam tempoh masa tersebut.
Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah sebelum ini pernah menciap mengenai azam 2023 untuk menurunkan berat badan.
Pun begitu, dia sendiri terkejut dan rasa pelik apabila dia kehilangan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam tempoh tiga hari.
Sumber Twitter
Mendapat maklum balas pengikutnya di Twitter, rata-rata ramai yang bertanyakan tip menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.
Namun, kata Syada, dia tidak mempunyai sebarang tip khusus dan situasi itu berkemungkinan masa makannya yang tidak teratur disebabkan sibuk dengan kerja menyebabkan dia kehilangan berat badan.
Mengalami penurunan berat badan yang banyak dalam tempoh singkat mungkin kegembiraan buat orang lain tetapi menjadi kebimbangan ia disebabkan perkara yang berkaitan dengan penyakit.
Oleh itu, ada segelintir pengikut Syada di Twitter yang menyarankan agar wanita itu melakukan pemeriksaan kesihatan lantaran penurunan berat badannya mendadak.
|