Setiap pasangan yang bercinta pasti ada kisah tersendiri tentang bagaimana sesebuah perhubungan itu bermula dan siapa yang mula "confess" dulu untuk ke hubungan lebih serius.
Di platform TikTok, tular sebuah perkongsian yang memaparkan penyanyi Ernie Zakri mengaku menjadi orang pertama meluahkan perasaan terhadap suaminya, Syamel.
Menurut Ernie, dia menghubungi Syamel dan terus meluahkan perasaannya.
“I call him. I cakap ‘eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa kau tak balas tak apa, aku ok je’,” katanya.
Namun apa yang menghiburkan hati ramai termasuk Ernie adalah respons yang diberi oleh penyanyi lagu Aku Cinta tersebut.
“Pastu dia macam ‘eh sabar lah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” seloroh Ernie.
Ernie mendedahkan perkara terbabit menerusi podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh aktres Amelia Henderson.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa Ernie merupakan seorang yang berani kerana bukan semua wanita mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaan kepada orang yang disukai.
Memang berani dan sempoi juga Ernie ni. Kalau korang pula, masa awal-awal nak mula bercinta dulu siapa yang confess dulu?
Sekadar info, pasangan duet popular Syamel dan Ernie Zakri selamat bergelar sebagai suami isteri pada 26 Mac 2021. - CARI
|