View: 6341|Reply: 49
|
"Besarnya Betik," Jadi Mangsa Lawak Lucah, Rakan Artis Pun Selalu Body Shaming Bella Dowana
[Copy link]
|
|
Jenaka lucah atau sindiran fizikal (body shaming) berbaur seksual bukan lagi satu perkara asing buat pelakon muda, Bella Dowana.
Akui pelakon Budak Tebing itu, dia menjadi sasaran gurauan berbaur seksual hanya disebabkan bentuk badannya yang lebih berisi berbanding pelakon lain.
Dedah pelakon berusia 20 tahun itu, perkara tersebut berlaku apabila terdapat kru penggambaran sebuah drama menyindir bentuk badannya dengan ayat-ayat ‘jahat’ yang berbaur lucah.
Foto: IG
“Saya pernah disindir dengan jenaka ‘double meaning’ oleh kru yang saya sifatkan sebagai jahat. Mereka sedang berbual dan berkata ‘besarnya betik’ ketika saya lalu di hadapan mereka. Maksudnya apa?
“Ibu saya yang dengar dan cakap pada saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ujar Bella atau nama lengkapnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim lagi, bentuk fizikalnya yang berisi sudah kerap dijadikan bahan lawak sejak dahulu, bukan sahaja daripada netizen, bahkan rakan-rakan artis.
“Saya memang kerap mengalami perlecehan tentang fizikal sejak dahulu. Bukan sahaja daripada netizen, bahkan daripada rakan artis.
“Mereka mungkin bergurau, tetapi sebenarnya perkara tersebut agak sensitif dan menyakitkan hati. Kadang-kadang saya buat-buat tak dengar sahaja,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang perasan apabila bentuk fizikalnya sering menjadi bahan jenaka, Bella masih bertenang dan menganggap ‘hinaan’ sedemikian sebagai motivasi untuk menurunkan berat badan.
Buat masa sekarang, pelakon filem M4M4 itu bagaimanapun tidak menjadikan agenda menguruskan badan sebagai keutamaan, sebaliknya mahu berseronok menikmati usia remaja.
“Saya masih muda. Jadi saya hanya mahu berseronok. Untuk kuruskan badan bukan keutamaan saya.
“Cuma untuk tahun 2023 ini, saya memang berazam untuk turunkan sedikit berat badan. Sebab saya sasarkan untuk dapat pegang watak heroin dalam drama.
“Saya fikir mungkin faktor fizikal menjadi salah satu sebab saya masih tidak ditawarkan memegang watak heroin dalam drama,” ujar Bella.
Ditemui usia sidang media drama terbaharu, Legenda Puteri Qaseh di sini semalam, Bella turut berharap dapat diberikan watak yang lebih mencabar selain kembali ke lokasi penggambaran filem pada tahun ini. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
amazed dgn nama sebenar dia, penat nak mengeja |
|
|
|
|
|
|
|
tengok gambar yg adyrazak mekap tu, muka dia mcm kawan cina Emily in Paris. Ala exotic |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik ja aku tgk. + size yg cantik
Yg penting dia konfiden dgn badan dia. Kalau x konfiden tu yg selalu buat kita nampak selekeh
yg duk mengata depan2 alasan nak melawak memg kuang ajar ye |
|
|
|
|
|
|
|
Dia blakon filem Mama jd anak nabila huda tu menjadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Nama dia boleh buat auto nk nyanyi i dowanna know heheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa dik.jaga makan exercise selalu.insyaAllah badan tiptop.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penah tgk budak ni berlakon citer time dia kecik, pandai cakap cina. Dalam citer tu konon dia budak cina |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 6-1-2023 05:57 PM
amazed dgn nama sebenar dia, penat nak mengeja
Kan.. mcmna dia belajar eja nama dia masa sekolah dulu..nama ank aii yg 9huruf pun hujung2 tadika baru dia boleh tulis. Skg ni ajar dia eja nama penuh abah dia dari Muhammad jadi Mok |
|
|
|
|
|
|
|
I suka sheol sbb pndai berlakon n klau muka xmekap pon ttp sama mcm mekap |
|
|
|
|
|
|
|
Safer nehhh??? Yihhhh.. Ko tepi dulu dik.. Bg satu mesia cerca solsial dulu muleh x??? |
|
|
|
|
|
|
|
Lawo.. Tapi dia ni kejap nmpk kecik, kejap nmpk bambam gila. Mcm janna nick |
|
|
|
|
|
|
|
badan gini la buat laki gerammm... bukan badan yang kurus keringgg |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku cantik muka dan body macam ni. Daripada kurus kering. Exercise selalu mesti lawa sentiasa body. Akak doakan adik berjaya dlm lakonan. Penah tengok dia belakon .masa tu dia kanak kanak lagi. Tapi nama dia aku tak tau masa tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
jantan melayu mmg suka lawak lucah gitu
pakai elok tutup2 pun kena jugak
pakai seksi pun kena jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia sesuai berlakon jd anak pelakon pompuan yg rupa cam dia gak tu. lupa nama dia tp dia ada berlakon jd dlm cite mamat khalid 18 puasa bagai tu jd bini sabri yunus kot.
Muka dia jenis muka mak tiri putih2 gebus gebas mcm bella dowanna ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah nampak live dia ni. Okay tak lah boyak, cantik and wangi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|