CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 4

Ayah Meninggal Sebab Covid-19, Ashraf Muslim Trauma Nak Hadap Gelombang Baharu, "Ambil Nasihat Dan Sunnah Nabi "

[Copy link]
Post time 6-1-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Kehilangan bapa kandung akibat serangan Covid-19 membuatkan pelakon Ashraf Muslim kembali berasa trauma memikirkan risiko kemunculan gelombang baharu virus berkenaan ketika ini.


Katanya, kerajaan harus segera memperketat dan melaksanakan langkah berjaga-jaga perlu selain kembali kepada sunnah bagi mengekang wabak berbahaya itu.


Foto: IG




“Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat. Ambil nasihat dan sunnah Nabi apabila berlakunya penyakit berjangkit.


“(Ikut) apa yang dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya.


“Ini luahan hati saya yang sangat risau, tertekan serta trauma dengan apa yang berlaku sebelum ini.


“Saya mengharap ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya dijauhkan daripada penyakit atau virus yang berjangkit ini,” katanya menerusi kapsyen dalam Instagram.




  



Bapa kepada empat cahaya mata itu turut memuatnaik video menunjukkan situasi di sebuah hospital di Shanghai, China, yang padat dengan pesakit Covid-19.


Kongsi Ashraf lagi, semua pihak perlu belajar daripada pengalaman lalu bagi memastikan wabak yang pernah menyerang global dapat dikekang daripada kembali mengganas.




  



“Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau kita tak bendung dari awal. Insya-Allah negara kita pun akan jadi macam dalam video ini.


“Saya pernah duduk dalam hospital 39 hari sebab Covid-19, manakala ayah pula meninggal dunia disebabkan virus tersebut.


“Kesan Covid-19 bukan saja pada fizikal, malah ekonomi pun terkesan sampai sekarang,” katanya.




  



Terdahulu China dilaporkan bakal membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini ketika virus masih membelenggu kehidupan negara berpenduduk 1.4 bilion itu.


Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo pula mendakwa rejim China “secara sedar menjangkiti penduduk di seluruh dunia”, namun tetap berdegil meneruskan keputusan tersebut.


Malah memo mesyuarat dalaman pengawal selia kesihatan tertinggi negara berkenaan yang bocor dalam talian menunjukkan, dari 1 hingga 20 Disembe lalu, sekitar 248 juta orang atau 18 peratus daripada penduduk China telah dijangkiti Covid-19 . -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita bakalan menyaksikan frontliners diperah tenaga.. Pkp otw ya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 04:40 PM | Show all posts
moga dijauhkan la.. penat nak hadap mental koyak
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 05:52 PM | Show all posts
buruk ye suit heols pakai masa FFM bln lps tu
gmbr 1st
kemain acah2 tyg dada licin x berbulus




Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sol,Ira,PS in other timeline..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054509 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list