View: 1523|Reply: 7
|
"Kalau Pelakon Kerja 20 Jam, Bayangkan Pengarah Kerja Berapa Lama? Krew Lagilah Kena Lenjan!" -Yusry KRU
[Copy link]
|
|
Datuk Yusry Abdul Halim menyifatkan tidak adil hanya melihat pelakon sahaja terpaksa bekerja lebih masa di set penggambaran memandangkan kru terlibat turut berdepan masalah sama.
Yusry, 50, berkata, sebagai seorang pengarah dia sendiri antara individu yang terpaksa bekerja lebih masa dalam sesebuah penerbitan filem atau pun drama malah adakalanya terpaksa berada di set penggambaran seharian.
Foto: IG
"Kalau pelakon kerja 20 jam, anda rasa pengarah kerja berapa lama pula? Mereka sampai sebelum pelakon tiba di lokasi. Sudah selesai, pengarah ada perbincangan pula bersama penerbit dan kru produksi.
"Jadi pengarah punya waktu bekerja adalah lebih lama kerana kalau nak dibandingkan, setiap hari pengarah ada di set penggambaran tetapi pelakon hanya terlibat dalam babak mereka sahaja,' katanya kepada mStar.
Yusry berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Legenda Puteri Qaseh yang diadakan di 1 Utama, Damansara pada Khamis.
Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati apabila pelakon didakwa terpaksa bekerja selama 20 jam kerana ada segelintir produksi mahu menjimatkan kos penerbitan drama atau filem.
Sehubungan itu, aktor berkenaan meminta agar Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memantau waktu kerja yang dijanjikan sebelum ini, 12 jam sehari.
Bagaimanapun jelas Yusry, ia adalah tanggungjawab yang digalas dalam kerjaya sebagai anak seni namun setiap orang mempunyai pilihan sama ada menolak atau bekerja dalam tempoh lama.
Katanya lagi, komunikasi di antara artis dan produksi sangat penting kerana masing-masing mempunyai hak meletakkan syarat sebelum menandatangani sesuatu kontrak.
"Ini adalah hak masing-masing. Kalau saya tak mahu bekerja melibatkan masa panjang, saya beritahu awal-awal saya tak mahu shooting lebih daripada 12 jam.
"Walaupun tiada dalam kontrak untuk persetujuan kerja lebih masa, tetapi sekali-sekala saya boleh terima. Kalau perkara seperti ini berlaku setiap hari, saya ada hak untuk bersuara dan tidak mahu terlibat," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu, pelakon bukan hari hari masuk set. time ada scene baru mai. yang pengarah dngan krew hari hari kena mai. Krew lagi lah. Artis baru bangun tidur kat rumah diaorang dah terpacak kat set. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu retis2 adakala overrrrr sangat! Bila amek jobs sapu macam2 job kalo bleh, lepas tu banyak spelling lak! Perangai! |
|
|
|
|
|
|
|
Alah Sharnaaz ni. Kalau rasa tak adil kerja lama kat set, jangan berlakon. Diam diam je dok rumah. Standard la tu kena duduk kat set lama-lama. Crew lagi lah lama kena ada kat set. Silap-silap lepas habis shooting, terus masuk studi buat editing, pergi pick up props etc. mengada much… dah la berlakon pun tak seberapa |
|
|
|
|
|
|
|
harapnya crew dibayar dengan setimpal la... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la apa yusry ni cakap.
Kru dan pengarah lagi lama masa bekerja.
Tu belum retis2 jenis dtg lmbt tak hafal skrip.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul kru lg penat wei..lgpon pelakon dah dpt harga lump sump atau per episod bila kau kerja lebih dapat habiskan scene cepat.pastu dah boleh balik rumah tido lah seminggu takyah bangun....bukan mcm kami yg kerja 12 jam ( ot wajib)sampai pencen pon mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
udah2 toksah bergaduh..semua kerja office hour je dahla..paling tinggi 12 jam, macam kerja kilang..pandai2 la nak buat drama, filem berapa hari nk kasi habis..semua pun nak gaduh..haih |
|
|
|
|
|
|
| |
|