CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 579|Reply: 8

Adun Pertahan Tambang Bas PJ Untuk Warga Asing

[Copy link]
Post time 4-1-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa Adun Selangor mempertahankan tambang diperkenalkan kepada warga asing bagi perkhidmatan Bas PJ City di Petaling Jaya selepas pengkritik mendakwa dasar itu bersifat diskriminasi.


Adun Kinrara Ng Sze Han memberitahu Malaysiakini bahawa tambang dilaksanakan itu bertujuan memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia, sama seperti bagaimana sekolah dan hospital kerajaan beroperasi.




Gambar hiasan




“Kami tidak pernah menghalang warga asing menggunakan perkhidmatan itu. Ini sama seperti sekolah dan hospital apabila warga asing dikehendaki membayar yuran minimum untuk perkhidmatan (disediakan),” katanya.


Adun Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin turut berkongsi sentimen Ng, sambil menjelaskan tambang itu sepatutnya dilaksanakan beberapa minggu sebelum wabak Covid-19 menular pada 2020, tetapi tertangguh.


Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung enggan mengulas buat masa ini.


Dia memberitahu Malaysiakini bahawa dia bersedia untuk bertemu Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir "secepat mungkin" untuk membincangkan perkara itu dan tidak akan mengulas sehingga pertemuan berlangsung.


Minggu lalu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengumumkan melalui catatan Facebook bahawa mulai 15 Jan, caj RM0.90 akan dikenakan kepada warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas itu. Warganegara Malaysia masih boleh menggunakan perkhidmatan tersebut secara percuma.


Majlis menyatakan semua penumpang Bas PJ City yang berumur antara 18 dan 59 tahun perlu mengimbas kod QR melalui aplikasi CEPat e-pembayaran Warganegara.







Penumpang di bawah umur 18 tahun atau di atas 60 tahun, bagaimanapun, dikehendaki menunjukkan kad pengenalan atau pasport mereka.


Dakwaan diskriminasi terhadap kelas pekerja migran dibangkitkan pengarah NGO hak migran Inisiatif Utara-Selatan Adrian Pereira pada ciapan di media sosial.


Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre Azrul Khalib juga membuat hantaran di media sosial untuk mengecam pengenaan tambang itu yang disifatkannya "tidak wajar, remeh dan tidak adil", dengan mendakwa ia hanya mengambil wang daripada kumpulan rentan.


“Pekerja asing menyumbang kepada ekonomi Selangor, sama seperti rakyat Malaysia, dan merupakan tulang belakang (ekonomi).


"RM30,000 bukanlah jumlah yang besar kepada kerajaan negeri tetapi ia mengambil wang daripada orang yang rentan," katanya pada ciapan di Twitter.







Pegawai khas Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Jay Jay Denis sebelum ini memberitahu The Vibes bahawa MBPJ tidak cuba mengaut keuntungan daripada tambang yang dikenakan.


Katanya, ini kerana hasil kutipan tambang itu tidak pun dapat menampung kos yang dibelanjakan untuk perkhidmatan itu.




Sumber: Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya x setuju. Selangor patutnya ke depan dlm melaksanakan dasar2 bersifat inklusif selaris dgn visi Pakatan Harapan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 12:48 PM | Show all posts
Salah satu sebab kenapa GST di laksanakan. sebab warga asing ni la.
Tempatan bayar nasi lemak RM 1.50. warga asing pun bayar RM 1.50.
Gaji warga asing bayar lagi tinggi berbanding tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang ramai komplen sebab kena install app baru dan scan qr code tu,bukan pasal tambang utk warga asing. Nak pakai kena isi personal details lagi. Kalau data tu leak jadi modal utk scammer lagi.

Selangor ni suka nak cipta mcm-mcm app. Dulu duk compete dengan mysejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 4-1-2023 01:27 PM
Orang ramai komplen sebab kena install app baru dan scan qr code tu,bukan pasal tambang utk warga as ...

terpaling ……….
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Migrant bayar tax ape direct & indirect tu? Kalau kena pau dgn polis / immi x termasuk tax ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2023 02:31 PM | Show all posts
wow!! warga asing juga bayar pelbagai cukai... dorang ada byr cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, etc???
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 03:13 PM | Show all posts
warga asing hantar duit balik negara sendiri ber million billion
kat negara ni dia tak belanja sangat
ikat perut jimat cermat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 03:32 PM | Show all posts

yang terpaling tu rasanya bukan naik bas pun. terpaling kecoh je.
Bas Smart Selangor dah lama buat... scan QR code tu.
Kalau tak nak scan QR code tu... ko naik bas lain je lah. atau naik grab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049207 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list