View: 1605|Reply: 19
|
Nadia Brian Muak Pakai Seksi Juga Jadi Headline "Susah Payah Aku Berlakon, Kerja Sampai Tidur Pun Tak Cukup"
[Copy link]
|
|
Nadia Brian seolah-olah muak apabila penampilan seksinya sering menjadi perhatian sehingga dijadikan tajuk dalam sesebuah artikel hiburan.
Lebih membuatkan pelakon berusia 31 itu kesal apabila kerja kerasnya selama ini untuk membina nama sebagai pelakon jarang diberi perhatian berbanding imej seksinya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Instagramnya, pelakon itu mengakui terkilan apabila sekali lagi penampilannya menjadi bahan berita.
Foto: IG
“Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita?
“Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang selama ini memberikan sokongan dan kasih sayang buatnya.
“Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah,” katanya.
Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminat meminta untuk pelakon itu bersabar dan berjanji akan sentiasa ada untuk menyokong karier seninya.
Bahkan, ada netizen mengakui meminati Nadia bukan kerana imej seksi, tetapi kerana bakat dan kecantikan pelakon terbabit.
“Kita minat awak Nadia Brian. Cantik, peramah dengan peminat. Yang penting kita suka lakonan awak,” ujar seorang peminatnya.
“Sabarlah awak. Kita suka lakonan awak, tapi tak berapa gemar fasyen awak. Dua aspek berbeza,” ujar seorang lagi peminatnya.
“Abaikan. Asalkan awak gembira sudah,” pujuk seorang peminatnya.
Semalam Nadia mengejutkan ramai pihak apabila berani tampil berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan bahagian dada dan pinggangnya.
Menerusi video yang dimuat naik dalam TikTok, Nadia menggayakan busana putih diperbuat daripada kain renda yang mendedahkan bahagian dada, pinggang serta belakang badan.
Lebih mengejutkan apabila Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menggayakan busana tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran Sheik yang berlangsung malam semalam di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Nadia pernah memberitahu Kosmo! Online bahawa dia tidak pernah berasa dirinya seksi namun perkara itu boleh diibaratkan sebagai transisi kematangannya sebagai seorang wanita. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
lol, tu maksudnya bakat lakonan u tak wow pon. Kalau lakonan okay, orang tak kesah sangat sebab bakat tu ada |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah nyah aiol pun dh pening |
|
|
|
|
|
|
|
Xlawa la muka dia ni . Body pon so so je. |
|
|
|
|
|
|
|
baju tu mmg seksi tp ko x seksi pung… kolar baju dah londeh mcm tu pn xnampak cleavage. tek lagi londeh gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
dah lakonan xbg impak. at least ada la jugak berita ko kan |
|
|
|
|
|
|
|
Habis tu dok bergelek dpn TikTok mcm minta perhatian, jd neijem bg la perhatian serius |
|
|
|
|
|
|
|
Dah memang meminta. Lainlah Alicia Amin baru berjinak dalam dunia lakonan siap tercalon dalam FFIM lagi. Ko mampooo ke Nadia Shahab shopee??? Tibehh |
|
|
|
|
|
|
|
Ok aku cuba memahami lojika nya d sini |
|
|
|
|
|
|
|
Nadia brian, talent pun tak ada, opkos org akan buat kisah personal ko jadik bahan gosip. Dahle muka nenek kebayan. Directors boleh lah ambik sheols jd nenek kebayan |
|
|
|
|
|
|
|
bondeh replied at 26-12-2022 04:19 PM
Dah memang meminta. Lainlah Alicia Amin baru berjinak dalam dunia lakonan siap tercalon dalam FFIM l ...
Nadia shahab yg lg sorang kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka sheol sama dgn muka anak buah i..darjah 2..tp anak buah iols versi wangi |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya lakonan kau bukan bagus pun untuk diperkatakan. Kau berlakon apa pun orang tak ingat.
Pakai dedah gila2 pun tak seksi sebab body tak cantik. Badan petak je, bontot leper, ketet tak firm, muka pulak way below average, kaki ada peta sana sini. Harapkan dedah je la ada orang nk tengok agaknya. Sedarlah diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mslhnya apa sgt lah citer or drama yg best dia berlakon smpi org nk ckp psl lakonan dia..mcm tkde je kan...so citee seksilah yg org duk gossipnya...tu pn kira ok ada jgk wartawan nak tulis psl seksi..haha |
|
|
|
|
|
|
|
nasibb baikk laa adaa jugekk storyy ko. kalau xdakk dahh lamaa koo tenggelam tak timbul2 |
|
|
|
|
|
|
|
tahla dikk
tapi aku kompius muka didgn ada lagi sorang mcm ni
bercucuk bagai tgk |
|
|
|
|
|
|
|
drma apa ko berlakon. berkerak je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak dibandingkan NS dengan NB ni, NB lagi cantik kot. sebab NS tu, i tengok muka dia buat sana sini, kejung dah jadinya. nak cakap, nak senyum pun susah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|