View: 932|Reply: 9
|
Lelaki Mabuk Maut Bergaduh
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki lain ketika kedua-duanya mabuk di Jalan Sungai Segget di sini, semalam.
Dua lelaki mabuk dipercayai bergaduh hingga membawa kematian kepada seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an.
Dalam kejadian berlaku di Jalan Sungai Segget, semalam kira-kira 9.40 malam itu, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan parah di atas jalan raya dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, orang awam berjaya membantu menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai bergaduh dengan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Katanya, semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.
"Hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa yang kedua-duanya dalam keadaan mabuk.
"Suspek dipercayai telah memukul mangsa di bahagian muka dan kepala menggunakan tangan dan kakinya.
"Akibat pergaduhan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka dan kepala," katanya.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada masa sama, Raub mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang bertindak pantas dalam membantu menahan suspek sehingga kes itu dapat diselesaikan dalam masa kurang 24 jam.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kenapa tak dedua K. O. |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah hikmah islam mengharamkan arak. Syukur
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: Inilah hikmah islam mengharamk ...
red wine boleh buat ubat mcm ganja tak? |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti yg asal mabuk jer jenis suka terpekik buat bising..mcm manager i
semua tak nak bawak dia pergi jjcm sbb dia mabuk pastu bising carut maki org..mental bethol |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni pon nanti takyah hukum berat2.
Buat tahanan rumah je.
Boleh mabuk2.
Boleh a bunuh org lain pulak bila mabuk kendian nanti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|