View: 1608|Reply: 19
|
'Bersederhanalah...' - Ustazah Siti Afifah, Suami Kena Tegur Dengan JAKIM
[Copy link]
|
|
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin dan suaminya agar menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah.
Jakim dalam kenyataan kepada Harian Metro berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan video tular di media sosial yang memaparkan sepasang penceramah suami isteri yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi termasuk mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan tertentu.
"Jakim dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa membuat pemantauan kandungan berkaitan hal ehwal agama Islam yang dipaparkan kepada khalayak khususnya melalui penggunaan media sosial yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat mutakhir ini.
"Semua pihak khususnya golongan yang bergelar sebagai pendakwah adalah dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah. Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan," katanya.
Sebelum ini tindakan Siti Afifah dan suaminya yang didakwa sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan membabitkan hukum agama mengundang pelbagai reaksi warganet.
Terbaru, pasangan itu bertindak mengkritik malah mengancam bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap agamawan yang menegur mereka.
Jakim berkata, semua pendakwah di negara ini adalah terikat dengan sistem pentauliahan di bawah pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.
"Sebarang perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
"Adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak termasuk mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Brani Jakim tegur derang. Jakim bukan agamawan, tak katam kitab2 mcm derang lagi hokeh! |
|
|
|
|
|
|
|
Jadahnya dok panggil pompuan ni ustazah? Do not give publicity to this idiot. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm laki bini sohai. Tapi deyols ni anak2 gi sekolah kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk sgt ke duit Jakim?
Hati2 yaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Dieorg tibe2 muncul dr mane
Hahahaa
Tertgok live tiktok die pn cm syok sendiri. Komen2 semua soh berhenti
Tp die cm xbaca pn wlao mcm tgok komen2 hahaahaha
Dok lg membebel ape ntah
Iols mute |
|
|
|
|
|
|
|
Acik yang perempuan tu macam suka melaga2kan org je gaya dia
Laki dia cakap dia menambah
Laki cakap dia tambah
Tak menyejukkan hati
Malah memanaskan hati |
|
|
|
|
|
|
|
sapa penunggang agama ni?
mcm sewel pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
siapa nak bertanggungjawab apabila susu difitnah ??? kesian susu... fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh hokay ! |
|
|
|
|
|
|
|
Susu tu netz overreacted. Sah2 la dia quote kitab lama ulama perubatan Islam topik pasal kesan TERLEBIH minum susu. Sedangkan terlebih madu pun tak aman rumahtangga inikan pula terlebih susu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tegur je ke jakim? Kalau pasal khalwat laju je puak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest: Susu tu netz overreacted. Sah2 la dia quote kitab lama ulama perubatan Islam topik pasal kesan TERLEBIH minum susu. Sedangkan terlebih madu pun tak am ...
Buka soal terebih atau terkurang, ada je madu dlm rumahtangga pasti mengundang celaka wei.
|
|
|
|
|
|
|
|
ni semua pengemis socmed je ni..saja buat kontolbesi supaya view naik.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 atau adik badik tak tegur ke diorg ni..mcm sewel pon ada |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu ramai agamawan dan pendakwah di malaysia..takmprogrwaif
keeja asyik hal dosa pahala saja
bwnsa yg tak nampak dan abstracr |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa xboikot je ehh,,,kuasa netijen lg kuat apa...
xyah la tgk pun dorg punya video...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|