View: 1019|Reply: 0
|
Rizman Ruzaini Kukuhkan Jenama Dengan Ikon RR Empire – ‘Mahu Bantu Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Tanpa Perlu Modal’
[Copy link]
|
|
Rizman Ruzaini Kukuhkan Jenama Dengan Ikon RR Empire – ‘Mahu Bantu Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Tanpa Perlu Modal’
Memulakan empayar perniagaan mereka tanpa bantuan kewangan yang kukuh, siapa sangka kini jenama Rizman Ruzaini sudah sebaris dengan jenama fesyen antarabangsa lain.
Tentunya kejayaan yang dicapai ini tidak datang dalam tempoh yang singkat. Tujuh belas tahun berusaha keras untuk berada pada tahap ini, ternyata cita-cita pemilik jenama ini harus menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di luar sana.
Masuk pasaran Arab Saudi
Tidak ingin terus statik pada kedudukan yang sama, Rizman Ruzaini meluaskan lagi cabang perniagaan mereka. Kata Rizman selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rizman Ruzaini akan melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa pada tahun 2023 dengan memilih Arab Saudi sebagai negara pertama.
Saya ingin kongsikan berita gembira yang sebenarnya jenama Rizman Ruzaini sedang mengorak langkah ke pasaran antarabangsa dan negara pertama yang kami akan masuk adalah Arab Saudi.
Sebab kami dah ada beberapa pelanggan yang di sana dan mereka hanya menunggu sahaja waktu untuk produk kami dipasarkan di Asia Saudi.
Namun, ini bukan perkara yang kecil, sudah pasti perancangan teliti harus dilakukan. Kami nak pergi dengan ready. Insya-Allah hujung tahun depan kami janji akan banggakan rakyat Malaysia. Rizman Ruzaini akan ada di pasaran antarabangsa.
Ikon RR Empire
Bukan itu sahaja, Rizman yakin sudah sampai waktunya untuk Rizman Ruzaini kembali menyumbang kepada peminat jenama ini melalui pelan perniagaan yang cukup menarik.
Selain memberi ruang yang lebih luas untuk segmen perniagaan RR di bawah Rizman Ruzaini ini terus berkembang, pelan perniagaan yang memperkenalkan Ikon RR Empire ini juga dilihat tepat pada waktunya.
Saya anggap ini adalah salah satu usaha kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan dengan cara yang cukup mudah.
Apa yang kami wujudkan ini bukan datang dengan sekelip mata, ia membabitkan perancangan jangka masa yang lama demi memastikan program ini sesuai dengan situasi di negara kita.
Ingin saya tekankan di sini, tujuan kami adalah untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan di luar sana. Melalui program ini, kami akan buktikan bagaimana mudahnya untuk sesiapa sahaja boleh membina kerjaya sebagai usahawan tanpa perlu mengeluarkan modal.
Rizman berkata demikian ketika majlis pelancaran program RR Empire yang diadakan di Shangri-La Hotel, baru-baru ini.
Pelakon terkenal Mira Filzah turut diumumkan sebagai ‘muse’ koleksi tudung terbaharu RR Rivera.
Buka banyak kiosk
Menurut Rizman lagi, pemilihan produk yang akan dijual juga akan dikhususkan pada beg tangan dan tudung sahaja.
Tambah Rizman, dia bersama rakan niaganya Ruzaini juga turut mencetuskan idea dalam membina sistem jual beli yang membolehkan Ikon RR Empire mendapat manfaat yang lebih baik berbanding pelan pernigaan yang mungkin pernah diguna pakai sebelum ini.
Apabila bergelar Ikon RR Empire menjadi tanggungjawab pihak kami untuk membantu mereka. Jujurnya mereka yang dipilih sangat bertuah memandangkan promosi dan bantuan daripada segi bimbingan jualan akan diberikan pihak syarikat sendiri.
Dalam erti kata mudah, mereka hanya perlu ‘pose cantik’ sahaja di rumah, tidak perlu pegang produk pun. Malah setiap bulan, kami juga akan mengadakan kelas grooming selain bantuan dari pelbagai sudut lain.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai usaha pembukaan kiosk RR di seluruh negara, jelas Rizman pihaknya kini dalam usaha membuka lebih banyak kiosk kekal pertama mereka tidak lama lagi.
Sumber:https://ohbulan.com/rizman-ruzai ... n-tanpa-perlu-modal
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|