CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 7

Budak Hiperaktif Menyorok Atas Bumbung Tingkat Empat Flat Taman Kendera

[Copy link]
Post time 19-12-2022 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Anggota Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat Taman Kendera 1, di sini, petang tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang.





Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat Taman Kendera 1, Penampang. FOTO Ihsan Bomba








Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terbabit dalam operasi berkenaan.


"Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati seorang kanak-kanak lelaki yang hiperaktif berusia 12 tahun bersembunyi di atas bumbung tingkat empat flat berkenaan.


"Tindakan pasukan bomba memanjat naik menggunakan tangga ke atas flat berkenaan melalui jeriji besi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kanak-kanak terbabit berjaya ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.


"Mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada keluarganya. Operasi ditamatkan pada 8.40 malam," katanya.




Sumber: Harian Metro






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 12:04 AM | Show all posts
Budak ni mmg clinically hyperactive ke eh?
Sbb kadang2 ade parents yang gunakan alasan hyper untuk kecuaian.
Not to say parents dalam kisah ni cuai.
Just x syok la mental disabilities skrg ni ramai sgt claim.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 09:48 AM | Show all posts
slyfynx replied at 20-12-2022 12:04 AM
Budak ni mmg clinically hyperactive ke eh?
Sbb kadang2 ade parents yang gunakan alasan hyper untuk k ...

KAN.... sejak dah banyak kesedaran pasal mental illness, autism, oku, ..ramai pulak claim gini each time kes kes gini jadi... kalau betul clinically claim ada adhd ke autism ke hyper ke... ada je kena makan ubat kan.. ada yang tak bagi jugak ke macam anak-anak Kak Long Amazon Pulut Kuning tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan adik dan keluarga. Tentunya bukan mudah utk ibu, ayah dan keluarga utk menjaga anak hyperactive ni. Moga ibu ayah juga diberi kesihatan yg baik dan tak burn out.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa klinik2 mental ni kena buka byk sikit. Supaya sng ambil ubat & buat treatment. Skrg baru jumpa kenapa perangai sekian2, rupanya ada sakit gitu gini. Tp sbb susah access to the doc & ubat, ramai biar je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 10:48 AM | Show all posts
slyfynx replied at 20-12-2022 12:04 AM
Budak ni mmg clinically hyperactive ke eh?
Sbb kadang2 ade parents yang gunakan alasan hyper untuk k ...

kes budak ni taktau la dah clinically diagnosed with adhd/ hyper...  tapi budak yang ada adhd ni memang takde rasa takut or tak terfikir consequences untuk setiap action diorang...  dan sejenis yang kalau marah ke sedih ke memang suka terus lari laju2...  mencicit juga nak mengejar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2022 10:50 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-12-2022 09:48 AM
KAN.... sejak dah banyak kesedaran pasal mental illness, autism, oku, ..ramai pulak claim gini eac ...

ramai parents yang taknak bagi dengan macam2 alasan...  padahal ubat tu bantu anak2 regulate their emotion and energy...  bila dah tenang, baru mudah anak2 ni absorb ilmu2...  kalau adhd/ hyper ni, biasanya doc akan start dengan ritalin kemudian sambung dengan medikinet...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 11:49 AM | Show all posts
Ramai ibubapa yg malu nak bawa anak jumpa doktor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054622 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list