CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 759|Reply: 5

Kantoi Lepas Polis Jumpa Pasport Palsu Aishwarya Rai

[Copy link]
Post time 19-12-2022 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Polis Uttar Pradesh menahan tiga suspek di Greater Noida, India, selepas menemui pasport palsu bintang filem, Aishwarya Rai bersama mereka.


India Times melaporkan, suspek yang ditahan dikenal pasti sebagai Eke Uferemvukwe, Okoloi Damion, kedua-duanya dari Nigeria, dan Adwin Collines, asal Ghana.




Pasport palsu tertera nama Aishwarya Rai.




Penemuan pasport itu mendorong pihak berkuasa untuk menyoal siasat suspek mengenai rancangan mereka untuk mencuri.


Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pasport itu digunakan untuk aktiviti tertentu.


Difahamkan, kumpulan itu bertanggungjawab atas penipuan dengan mendakwa kononnya memiliki firma bekalan perubatan.


Kumpulan sama menggunakan aplikasi dating untuk melakukan penipuan.


Berdasarkan laporan Navbharat Times, polis menemui pasport palsu yang menggunakan gambar Aishwarya.


Pada pasport itu, tertera tarikh lahir 18 April 1990, dan bandar Bhavnagar, Gujarat di ruangan tempat lahir.


Polis turut menemui semula peralatan dan wang tunai berjumlah 2.5 lakh (kira-kira RM13,355), selain 11 crore (kira-kira RM5.9 juta) dalam bentuk wang palsu daripada suspek.


Mereka juga berjaya mendapatkan kembali 11,000 pound sterling (kira-kira RM59,104) yang dicuri oleh kumpulan itu.


Polis kemudian menyiasat suspek mengenai dokumen individu terkenal dipalsukan pasukan itu.


Hasil siasatan mendapati kumpulan itu melakukan penipuan dengan bertindak menyamar sebagai wakil syarikat lain, termasuk Syarikat Abbott Pharmaceuticals.


Mereka juga menipu seorang kolonel bersara.


Suspek yang ditahan tidak mempunyai visa dan pasport sah.




Sumber: Harian Metro






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 07:37 AM | Show all posts
org yg bakal guna passport tu, cantik mcm ash x?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:42 AM | Show all posts
Asal gelab je jahat

sama mcm kat Msia
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Org Nigeria ni kat mana2 jd scammer
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 09:36 AM | Show all posts
i'm flattered kata aish




berangan aishwarya rai
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 09:44 AM | Show all posts
idaman sgt tu.. kan dah kantoi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.183701 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list