Ella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rockqueen Ella bersama Rumah Bakti Nur Syaheera di Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Ella berpendapat seseorang anak seni tidak boleh terlalu mengikut emosi terutamanya ketika membuat keputusan,
“Pastinya seseorang artis itu mahu pergi lebih jauh dalam kariernya, tapi kalau ikut emosi orang itu tidak akan ke mana-mana,” ujarnya.
Pun begitu kata Ella ada sesetengah penyanyi yang sudah tahu perkara yang dilakukan boleh menimbulkan kecaman buat diri sendiri.
Jelas Ella, jika perkara itu berlaku artis berkenaan perlu tabah hadapi kecaman tersebut.
“Kalau tak nak kena kecam kenapa buat perkara yang bakal dikecam?
“Apapun kena kuat sebab media sosial sekarang adalah dunia tanpa sempadan, netizen boleh cakap apa mereka nak,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ella terharu apabila dapat berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syaheera.
Selain majlis berbuka puasa, Ella turut memberikan duit raya kepada 35 oramg anak-anak yatim yang hadir pada malam tersebut.
Pada majlis berkenaan juga, Ella turut memperkenalkan keluaran terbaharu koleksi baju jenama Rockqueen sempena hari raya Aidilfitri.
Sumber: mStar