View: 11171|Reply: 21
|
Beego enggan cerai, minta Linda Hashim balik ke rumah
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 6-3-2025 10:36 AM
PELAKON Beego tidak akan menceraikan isterinya iaitu aktres Linda Hashim pada sebutan kes cerai merekadi Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkata, dia mahu berbincang dengan Linda terlebih dahulu kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.
“Untuk sebutan kes hari ini pihak saya tidak akan ikut permintaan isteri nak bercerai.
“Kemungkinan saya akan berunding untuk selamatkan rumah tangga kami.
“Supaya saya tahu kenapa nak bercerai? Kalau boleh selamatkan (perkahwinan) saya akan selamatkan,” katanya kepada mStar.
Beego berkongsi perkara itu sebelum prosiding kes cerai dia dan Linda bermula.
Tenang hadir ke mahkamah, kata Beego, dia sudah lama tidak berkomunikasi dengan isterinya kerana duduk berasingan sejak lima bulan.
Pelakon itu juga berharap Linda boleh pulang ke rumah agar kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.
“Kenyataan dia sebelum ini pun memang betul, dia keluar rumah sudah lima bulan.
“Saya harap dia dapat baliklah,” jelasnya.
Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.
Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bini dah x nak lepaskan jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu kan kejap baik kejap tak ok. Isteri dah tawar hati la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dlm perahu |
|
|
|
|
|
|
|
bewak hidup ke beego ni? dah tak nampak kat tv.. keje apa skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
Beego dulu pernah jadi hero tau slot Akasia yang heroin dia kakafaz tu. Kakafaz masa tu kulit pink pink coklat. Tak sure dah operate ke belum , rasa Gigi ori lagi masa tu. Dia start renovate masa couple dgn sana tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 7-3-2025 12:12 PM
Beego dulu pernah jadi hero tau slot Akasia yang heroin dia kakafaz tu. Kakafaz masa tu kulit pink p ...
Drama Ezora ke maksud chuols??? Hehe. Masa tu Beego memang tengah top. Main cast Puteri lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya dah 2 kali bercerai kan. Kali ni kalau cerai tak boleh rujuk lagi. Selalunya kalau dah 2 kali cerai, tu memang maknanya dah tak ada jalan untuk perbetulkan rumahtangga. Dah 2 kali cuba tapi masih gagal, sebaiknya bercerai je cari bahagia masing2. Yang penting sama2 jaga kebajikan anak2, jangan sampai anak2 jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
sedap nama anak2 dia org.. tibehh.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ke gitu tak bg lepas.. bini dh tak mau kottt. mcm tak terbela pulak nasib bini kalau bini rasa dh tak nk stay dlm marriage tu |
|
|
|
|
|
|
|
pula dahhh
sblm ni penah bercerai ke |
|
|
|
|
|
|
|
Masih jelita linda ni..next time boleh la cari laki kaya pulop.
Jangan laki orng sudah la. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ramai yg bercerai?? adakah lelaki dh jd biawak kehidupan dan isteri tak dah mati rasa |
|
|
|
|
|
|
|
bila lelaki dayus guna kuasa talak tak kena tempat… |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tengok iv linda, walaupun dia tak cakap direct, tapi dia macam membenarkan yg beego ni jenis pukul2. Siap anak dia tanya bila nak cerai?
Anak2 pun tak kisah parent diaorg bercerai, maksudnya memang tak boleh nak diselamatkan lagi lah. Linda dah tak boleh tahan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah kena pukul bantai tlg jgn sesekali serah tengkuk lagi linda.
Tak mustahil tgn gatal akan bantai lagi |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mahkamah tak luluskan cerai, xkan nak paksa bini tu jadi bini lagi.padahal dia dah xnak.habistu xkan bini kena layan laki elok2 lagi sedangkan dia mmg xnak.kang bila bini memberontak, terus di cop bini neraka, terpalinbg laknat..
so, acaner..laki jangan selfish..ko xmalu ke bini dah xnak, ko paksa2..ko xdosa ke paksa orang patuh arahan ko sedangkan punca tawar hati ko jugak..dah bagi 2 kali peluang tapi still xnak berubah..ujung2 "saya xkan ceraikan isteri"..bullshit sangat jadi laki narcicist ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mahkamah tak luluskan cerai, xkan nak paksa bini tu jadi bini lagi.padahal dia dah xnak.habistu xkan bini kena layan laki elok2 lagi sedangkan dia mmg xnak.kang bila bini memberontak, terus di cop bini neraka, terpalinbg laknat..
so, acaner..laki jangan selfish..ko xmalu ke bini dah xnak, ko paksa2..ko xdosa ke paksa orang patuh arahan ko sedangkan punca tawar hati ko jugak..dah bagi 2 kali peluang tapi still xnak berubah..ujung2 "saya xkan ceraikan isteri"..bullshit sangat jadi laki narcicist ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|