CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 2

3 Samseng Pukul, Koyak Baju Wanita Hamil 8 Bulan Dan Keluarganya

[Copy link]
Post time 19-12-2022 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki memukul wanita hamil lapan bulan dan keluarganya di kampung Diravati daerah Jalaun di Uttar Pradesh, baru-baru ini.


Polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui situasi sebenar kejadian tersebut dan berjanji akan mengheret pesalah ke muka pengadilan.




Tangkap layar detik wanita hamil tersebut dan keluarganya dimalukan dan diseret keluar rumah.





Salah seorang mangsa, Sandeep mendakwa dia berada di rumahnya pada lewat petang ketika tiga samseng bernama Ravindra, Manmohan dan Aadesh dari kampung sama datang ke rumahnya membawa sebatang kayu.


Aadesh kemudian memukul keluarga Sandeep sambil bertanya tentang seorang lelaki bernama Manjesh.


“Aadesh mula memukul bapa dan bapa saudara saya. Apabila ini berlaku, isteri saya yang hamil lapan bulan, Upasana, cuba melarikan diri.


"Samseng itu tidak bertimbang-rasa malah turut memukul isteri saya dan mengoyakkan pakaiannya.


“Mereka kemudian mengheret kami ke luar rumah, selepas itu penduduk kampung menyelamatkan kami daripada mereka,” kata Sandeep.


Mangsa memberitahu polis bahawa samseng tersebut memiliki rekod membelasah penduduk kampung beberapa kali sebelum ini.


Suspek-supek turut memiliki rekod jenayah atas kesalahan menyimpan senjata haram di rumah mereka. —




Sumber: Majoriti






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 09:05 AM | Show all posts
fuhh mesti dushumm dushumm bunyik dia
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 09:48 AM | Show all posts
jahat sgt ni.. penduduk kg buat la kumpulan juga hentam samseng ni.. hmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045316 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list