CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 893|Reply: 2

Ramai Janggal Tengok Ismail Sabri Duduk Diapit Guan Eng Dan Wan Azizah Dalam Dewan Rakyat

[Copy link]
Post time 19-12-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi tumpuan ramai apabila lokasi kedudukan beliau di Dewan Rakyat kali ini bersebelahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.


Bukan itu sahaja, kedudukan Ahli Parlimen Bera itu turut dilihat bersebelahan dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Mereka bertiga merupakan pemimpin daripada tiga parti besar yang berbeza iaitu Ismail Sabri daripada Barisan Nasional (BN), Guan Eng (DAP) manakala Dr. Wan Azizah pula daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).










Ismail Sabri dilihat dikepit oleh kedua-dua pemimpin berbeza ini di mana Guan Eng di sebelah kanan manakala Dr. Wan Azizah berada di sebelah kiri beliau.


Keadaan ini merupakan kali pertama berlaku sejak negara merdeka apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bulan lalu.


Orang ramai juga turut sependapat dan menyifatkan gabungan dalam kerajaan kali ini adalah unik dan kuat.


“Jarang boleh tengok Pak Long Mail duduk di tepi pemimpin DAP dan PKR ini, tapi sebab kerajaan ini ditubuh melalui gabungan-gabungan parti besar ini, maka situasi seperti boleh kita lihat,” jelas Ardini_Zahra.


“Boleh tengok mereka bertiga duduk bersebelahan, unik betul kerajaan kali ini,” jelas MarkJu.Bakar. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Govt yg bkn sj unik tp kukuh & patuh titah Agong yg kita kasihi & hormati. Semoga mereka dipermudahkan membangunkan semula negara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 09:36 AM | Show all posts
diorg chil2 je bkawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.185429 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list