Sumber IG/ Google
Walaupun tidak diikat dengan pertalian darah sebagai ibu dan anak tetapi perkara itu bukanlah penghalang buat pelakon veteran, Datuk Fauziah Ahmad Dauh dan anak angkatnya, Nur Aishah Aminah terus bahagia sebagai keluarga.
Walaupun hampir dua dekad hidup solo, namun kehadiran Aminah yang kini sudah berusia 15 tahun tetap saja menjadi kekuatan kepada aktres yang lebih dikenali sebagai Ogy Ahmad Daud itu.
Dalam hantaran baharu, Ogy memuat naik gambarnya bersama Aminah dan kedua-duanya tampak gembira.
Sumber IG
"Keluarga bahagia 'singer'. Besar dah anak Umi," tulisnya kapsyen yang disertakan bersama beberapa keping gambar yang dimuat naik itu.
Dalam satu sidang media baru-baru ini, Aminah turut kelihatan menemani ibunya.
Berkongsi mengenai keperibadian permata hati kesayangannya itu, kata Ogy, perangai Aminah salin tak tumpah seperti arwah ibunya yang juga seniwati terkenal, Allahyarhamah Hajah Saadiah Baharom yang lemah lembut orangnya.
Untuk rekod, Ogy yang kini berusia 60 tahun mula menjaga Aminah sejak bayi lagi. Ogy mengakui anak adalah segala-galanya selain kerja.
Walaupun Aminah bermata sepet, namun peminat teruja melihat wajah Aminah yang dikatakan hampir seiras muka Ogy ketika melakonkan watak Azura.
Sama seperti Ogy, Aminah juga berbakat dalam bidang seni seperti berlakon, menyanyi dan menari. -CARI
|