View: 894|Reply: 14
|
KPM Tumpu Tujuh Teras Utama, Mahu Kurangkan Birokrasi Guru, Murid Dan Kementerian
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama terutama bagi mengemudi sistem pendidikan negara dalam Kerajaan Perpaduan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia termasuk menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus.
Beliau berkata, bagi mengurangkan kesenjangan birokrasi dalam urusan guru dan murid maka aduan, cadangan dan pertanyaan boleh dikemukakan terus melalui pelbagai saluran rasmi yang disediakan KPM termasuk Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), AduBuli dan Kaunter Khidmat Pelanggan.
Foto: Kosmo
“Saya akan memastikan laporan berkaitan akan diambil tindakan,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, teras kedua pula akan memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
Ujar beliau, penekanan itu penting bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, ekstremisme, gengsterisme dan vandalisme.
“Teras ketiga pula akan memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multi dimensi murid daripada keluarga B40 termasuklah dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran.
“Saya akan bekerjasama rapat dengan kementerian yang berkaitan dalam memastikan isu kemiskinan keluarga yang memberi impak langsung kepada pendidikan anak-anak dapat dibantu dengan wajar,” katanya.
Fadhlina berkata, teras keempat adalah memberi perhatian kepada isu keciciran pendidikan serta masalah literasi dan numerasi supaya kesenjangan pendidikan yang wujud dapat dirapatkan.
“Kelima pula akan memberi fokus kepada kebajikan guru kerana guru adalah teras utama keberkesanan penyampaian pendidikan.
“Oleh itu, saya akan memastikan mereka diberi sokongan profesional berterusan yang sewajarnya dan memberi tumpuan kepada kebajikan termasuk tekanan yang dihadapi oleh guru disebabkan beban tugas dan berjauhan daripada pasangan.
Jelasnya lagi, teras keenam akan memberi tumpuan kepada usaha mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang mempunyai bangunan daif, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Manakala, teras ketujuh pula meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah termasuk mengadakan libat urus bersama agensi pusat bagi meningkatkan keupayaan pendidikan digital di institusi pendidikan bawah KPM.
“Saya akan mengarahkan KSU untuk melihat perkara ini. KPM akan mengemukakan cadangan yang bersesuaian untuk pertimbangan Jemaah Menteri,” katanya.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
pi la belajo ngan singapork cemaner deme naikkan mutu pendidikan kat sana
Uni deme pun dah top 20 world ranking
mesia plg top UM tu pun dlm 351-400 punya ranking
pehtu tiap2 kali tuko menteri, tuko silibus bagai,, letih hanatttt |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo dia kira sambung je la apa yang KPM buat selama ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 15-12-2022 10:57 AM
pi la belajo ngan singapork cemaner deme naikkan mutu pendidikan kat sana
Uni deme pun dah top 20 w ...
Nak blajo gimana, silibus kita dah menghampiri Singaporn pun sibuk mak pak dengan cikgu Fadli suruh tukar silibus kasik permudah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau silibus nak sama, tp mutu jauh berbeda, kena buat post moterm sis.. awat sebegitu
budak2 ni sama je pandainye.. kalau diberi exposure yg sama, kemudahan yg sama, pemangkin yg sama, result sepatotnya tak la lari jauh sangat cigu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 15-12-2022 07:49 PM
Oh sebab PC ni lah kawan iols yg merupakan kawan kak fadh ni jugak dok up status marah2.
Dia marah sbb katanya fadhlina ada sebut pasal wujudkan suasana sekolah harmoni takmo ada racisme dan exteremis agama ke apatah. Katanya selama ni budak PASTI belajar ngn harmoni je kenapa plak tuduh pasti gitu gini. Masalahnya dlm artikel kat kosmo tu takde plak sebut pasal tu.
AAdoi tak sempat plak nak sikirinshot kawan iols dah delete status tu, agak biadap gak bahasa dia guna tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 15-12-2022 11:30 AM
kalau silibus nak sama, tp mutu jauh berbeda, kena buat post moterm sis.. awat sebegitu
budak2 ni ...
Tak sama rasanya budak2 kita dengan Singaporn tu sis. Kita masih merangkak, mereka dah berlari memecut jauh. Tapi kita sedang berusaha nak kejar. KPM ni bukan takda buat kajian lapangan, tiap tahun buat kajian buat kajian buat kajian, tapi...ntah, susah nak cakap. Banyak kudis dalam KPM ni dari atas sampai bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 15-12-2022 09:44 PM
Tak sama rasanya budak2 kita dengan Singaporn tu sis. Kita masih merangkak, mereka dah berlari mem ...
Betul kak, sy rs masalah KPM dtg dr pegawai² dia dkt KPM, JPN, PPD. Mereka nie mcm duduk dlm dunia sendiri tak campur masyarakat myb sbb gred tinggi pastu org berpelajaran jd kdg mcm susah nak 'diskusi' dgn mereka nie.
Nampak mcm masalah yg dtg kebanykkan dr pegawai² yg dah jadi kudis nie, setakat menteri diorg nie ikut jer apa yg dicadang pegawai kecuali mcm maszlee nmpk dia ada plan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 15-12-2022 06:57 PM
pi la belajo ngan singapork cemaner deme naikkan mutu pendidikan kat sana
Uni deme pun dah top 20 w ...
Err anak aku umur dr 10-20 thn, xde la tiap kali tukor menteri tukor silibus.. yg sulung kbsr n kbsm yg lebih ni dr 10-18 thn masih kssr n kssm. Mu ni agak2 laaaa tukar silibus setiap kali tukar menteri. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 15-12-2022 07:48 PM
Oh sebab PC ni lah kawan iols yg merupakan kawan kak fadh ni jugak dok up status marah2.
Dia marah ...
Betulla tu, baru2 ni kan kecoh anak2 ngadu kwn2 dok racist. Siap ckp kalau PH menang nanti kene pakai skirt. Apoooooo.
Pelik2 je sejak wujud PN ni. Zaman bn tok tok pun xde la teruk mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
yaaa mmg dah tau.. menda tak jadi sbb banyak kudis sis
patot education ni kena separate out with politics.. ni la jadi if everytime tuko menteri tuko serba serbi.. this was the main reason meols pull out anak2 from gomen skool.. and too much stress one kelas2 ugama bahasa arab yada2.. kut nak ngaji ke hapa kan dah ada kafa, mak pak pon boleh je panggei setad ngajo quran kat rumah.. allocate la lebih banyak masa on other subject2 penting mcm esp eng and maths - STEM
and meols tak sokong inflated As, tu semua takde maknanya pabila saban tahun ramai bebeno bebudak ni dapat As.. merata2, buat la mcm jaman dedulu kala.. nak dapat stret As tu punya la payah.. satu mesia belas or puluh saja.. quality over quantity..ni sbb yg duk kat MOE tu nak kejo KPI memasing.. tu aje
look at UK sana , bcuz of inflated As masa time cobid,;gomen deme lower the graph la sbb nak take into account budak2 sekloah kampung yg takde access to internet and gadjet in 2020 and 2021.. come 2022 the graph was inceased like 50%, and for 2023 it will be back to normal mcm pre-covid. maka ramai students A lvl in 2022 missed their conditional offer because of this. but it has to be done , otherwise it will compromise the quality of student yg nak masuk U, gituh. Deme pun kena jugak jaga ranking uni2 UK sbb they have the 'brand' already.
kalau kita tak ubah ni, mmg sampai AJM la uni kita tak dapat nak bersaing dgn uni2 lain jgn kata kat dunia, but amongst asian countries sbb tak boleh separate out creme de la creme from the rest.
dua kupang meols
|
|
|
|
|
|
|
|
key word tu.. kemudahan yang sama.. so pastikan dapat kemudahan yang sama.. e.g teacher student ratio, access to technology dan sebagainya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 15-12-2022 06:57 PM
pi la belajo ngan singapork cemaner deme naikkan mutu pendidikan kat sana
Uni deme pun dah top 20 w ...
P saja la.. meeting sejam dua astu ke US + soping2
balik wat report sikit
Aritu p jepun pun gebang lebat pung pang pung pang satu pun tak buat.. buat perabih duit jah |
|
|
|
|
|
|
|
haaa ni mmg sedia maklum kan... everytime org kementerian buat field study.. in d end hampehhh.. kelek beg soping2 sajork
mana mau nyeeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
kita boleh... kalau tak tiris sis..
each year bugdget berapa banyak for MOE, tapi pi mana? ni each time sedey dengo cikgu2 salu kena top up beli itu ini duit poket sendiri..
sama mcm kes buku teks berat namampoihhh.. bukan tabuleh nak bagi senang kan murid.. tp tu lah kang projek kroni sana sini sunun tak masuk
dulu masa anak meols sekolah gomen , meols masuk pibg.. bayangkan photostat2 apa semer tu tu pun kn bagi kat kroni presiden pibg.. pakat yg masuk pibg tu smer kes nak menadah projek.. meols & lg satu parent je takde menadah projek.. tu baru pibg je ..
sedehh... mesia bukan takde budak bijak pandai... tp tu lah, system kita mcm tabuleh nak tuko dah, termasuk lah mindset org atas2 kerusi empuk MOE... meols nak komen lebih2 pun lama dah opted out..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|