View: 1376|Reply: 16
|
Selepas Annuar Musa, Isham Jalil Pula Mimpi Rumah Ada Api Dalam Sekam
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Selepas Tan Sri Annuar Musa, kini giliran Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil pula menceritakan perihal mimpi beliau berkaitan dalam rumahnya terdapat api dalam sekam.
Menerusi kenyataan Facebook yang disudahi dengan tanda pagar ‘Salam RM600 bilion’ itu, Isham mengucapkan terima kasih kepada kepada Ketua Bahagian UMNO Ketereh itu kerana berkongsi mengenai mimpi beliau yang mengaitkan isu rumah terbakar.
Foto: Utusan Online
“Terima kasihlah sebab cerita pasal mimpi dan igauan Tan Sri. Mungkin Tan Sri impikan nak jadi menteri lagi tapi tidak jadi dan tiada rezeki. Tidak mengapa, redha sahajalah ketentuan Allah SWT, Dia penentu segala.
“Saya juga ada mimpi semalam. Saya mimpi dalam rumah kita ada api dalam sekam. Api itu mahu bakar rumah kita supaya kita merempat dan pergi menumpang rumah orang lain.
“Orang lain itu adalah tuan kepada api ini dan dia sudah lama mahu bakar rumah kita dan halau kita keluar dari rumah sendiri. Sebelum rumah kita terbakar, kita perlu keluarkan api dalam sekam ini. Baru rumah kita selamat dan keluarga kita bahagia,” katanya.
Isham menerusi kenyataan sama berkata ada sebabnya tuhan tidak mengizinkan sesuatu perkara dan tugas manusia hanyalah berusaha.
“Jika Allah tidak izin, maka adalah sebabnya. Menang itu penting, namun bagaimana kita menang itu lebih penting, jika sumber kemenangan itu tidak berkat, maka kifarah akan bersemuka,” katanya.
Terdahulu, Annuar mendakwa beliau bermimpi rumahnya terbakar dan walaupun cuba menyelamatkan rumah itu, beliau kemudian ditarik keluar.
Annuar seolah-olah memberi gambaran beliau dipecat dari UMNO walaupun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.-CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
daddy2 sgt isham ni
btw, mimpi deme2 ni bersambung2
tazabar plk nk tau mimpi H2O dgn KJ
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lena sgt dek. Org sibok musim banjir korang musim mimpi pulek |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah semua tido lena, sampai terbuai dek mimpi
Siap2 kopok sebalang dua, nak tunggu cerita mimpi seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
haihhh mcm2 ye drama politik slrg, lebih menarik. hencem gak isham jalil ni..ada vibes daddy2 mcm KJ, cuma kena gi gym fit sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya Isham ni keje je la kat TNB smpi pencen..much better
Ko start masuk politik, terus jadi bende2 bodoh bagai...sbb ko kene deal dgn stupid stakeholders among politicians sume ni la. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku benci annuar musa, sbb dia punya team jihad kemende tu x jalan mende pun..
Pastu dia ni cam tone deaf dgn isu kemiskinan lepas tu anak beranak sama je.
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
maksud mimpi tu dia akan masuk neraka jahanam, kekal selamanya bersama iblis |
|
|
|
|
|
|
|
Api dalam sekam
Gunting dalam lipatan
Talam dua muka
Musuh dalam selimut
Musang berbulu ayam
Betina berkelamin jantan
Apa lagi ye |
|
|
|
|
|
|
|
aireen24 replied at 9-12-2022 03:37 PM
Aku benci annuar musa, sbb dia punya team jihad kemende tu x jalan mende pun..
Pastu dia ni cam ton ...
Aku 2 in 1 dengan annuar Musa ni. Benci dan suka.
Benci masa Tengku Mahkota bongkar dia songlap duit orang miskin buat beli porshe. Begitu juga guna duit mara dan unikl untuk sponsor the red warrior ketika beliau pemilik the red warrior dulu.
Dalam masa yang sama suka masa beliau lawan tengku mahkota jamaica sebagai presiden fam. Kalau menang katanya akan perkenalkan financial fair play di liga Malaysia supaya lebih competitive.
Begitu juga issue duit mara di seleweng untuk perlaburan di australia ketika beliau jadi chairman mara.
Tapi masa zaman tun m 22 bulan beliau tidak didakwa. So let’s see zaman Anwar ni beliau akan didakwa ke x. Maklumlah musuh Anwar and Zahid.
Kalau masih x didakwa. Iol saspek beliau ni bersih. |
|
|
|
|
|
|
|
Prihatin,Bersih ,Stabil Abahkauu!!
|
|
|
|
|
|
|
|
haluz replied at 9-12-2022 03:37 PM
Anak kecil main api
Masa pegang kuasa, tiap kali PAU nyanyi lagu anak kecil main api
Bila kuasa dah menipis, mimpi api pulak dah
Umngok & api mmg tak boleh dipisahkan
Dia ni dgn Nuo Muso dah boleh jadi pengikut Kultus Mimpi Sittah Annur |
|
|
|
|
|
|
|
mimpi tu apa yang ada dalam otak ko la dek, motif share satu dunia. mimpi basah tak nak cerita ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa jam mimpi?
Asalkan jgn mimpi jambu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|