View: 1411|Reply: 6
|
Gelar Diri Nabi, Nak Kahwin Anak Sendiri- Simpan 20 Isteri Dalam Treler Usang, Paling Muda Umur 9 Tahun
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki didakwa 'menyimpan' 20 isterinya dalam sebuah treler yang kotor dan usang.
Lebih mengejutkan, sebahagian daripada mereka paling muda berusia sembilan tahun.
Samuel Rappylee Bateman yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat ditahan awal tahun ini selepas didapati memperdagang gadis bawah umur.
Foto: Daily Star
Keadaan treler tersebut didakwa usang yang mengandungi sofa dan baldi untuk tandas.
Perkara itu didedahkan oleh Biro Penyiasatan Persekutua (FBI) mengenai kehidupan perkahwinan lelaki berkenaan.
Lelaki berusia 46 tahun itu juga berdepan dakwaan seks berkumpulan membabitkan orang dewasa dan bawah umur.
Ini termasuk dakwaan pemerdagangan seks dan sumbang mahram.
Menurut The Mirror, FBI dipetik sebagai berkata, lelaki itu mendakwa dirinya adalah 'nabi' pada 2019 dan mahu berkahwin dengan anak perempuan sendiri yang masih remaja.
Dia dikatakan mempunyai 50 pengikut termasuk 20 isterinya. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
penunggang agama versi kokesen |
|
|
|
|
|
|
|
kat astro channel CI ada kisah pasal penganut agama ni..
lupa pulak aku nama rancangan tu tapi pasal ahli2 yg dah keluar (perempuan) cuma selamatkan/keluarkan mana2 ahli yg nak keluar dari group tu.
ketua diorg yg mengaku nabi tu dah masuk penjara tapi pengikut setia masih ramai.
& diorg mmg amalkan sumbang mahram |
|
|
|
|
|
|
|
wow macam cerita netflix tu
Keep Sweet: Pray and Obey |
|
|
|
|
|
|
|
tgk2 sama dlm negara kita ni
eee, simpangggg
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyoooo, gundu2 pun teringin nak jadi nabi jugak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|