CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1108|Reply: 5

Penyokong Asing Kagum Lihat Umat Islam Solat Jumaat Di Qatar

[Copy link]
Post time 2-12-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Doha: Kali pertama dalam sejarah, ratusan penyokong bola sepak, pemain dan pegawai di Piala Dunia 2022 di Qatar mengerjakan solat Jumaat di kawasan Masjid Ahmed bin Ali dan Stadium Al-Thamma minggu lalu.


Foto dan video mereka menunaikan kewajipan itu tersebar luas di media sosial dan menarik perhatian penyokong asing yang menganggapnya ia detik bersejarah.


Qatar turut menjadikan penganjuran Piala Dunia sebagai peluang untuk mereka mengubah persepsi salah masyarakat bukan Islam terhadap agama itu dan penganutnya selama ini.


Penyokong asing turut dibenarkan datang ke masjid dan melihat sendiri cara umat Islam mendirikan solat dan teruja dengan apa yang mereka saksikan.




Foto: Harian Metro




Pendakwah bebas terkenal Dr Muhammad Salah dalam hantaran di Facebooknya memuatnaik tulisan seorang peminat bola sepak yang menceritakan rasa keterujaan seorang pengunjung bukan Islam menyaksikan cara solat dikerjakan.


Dalam catatannya: "Antara keindahan Piala Dunia di Qatar ialah penganjur membina tempat sembahyang yang lutsinar, jadi orang bukan Islam boleh melihat kami bersolat.


"Hari ini ketika di Stadium Al-Bayt, selepas tunaikan solat Isyak, saya melihat seorang warga asing berdiri melihat saya di sebalik dinding kaca.


"Dia menyapa saya dan berkata: Berapa kali sehari kamu lakukan perkara ini? Jadi saya kata kepadanya lima kali yang wajib dan boleh ditambah jika mahu mendapat lebih ganjaran.


"Ok, bila waktunya untuk sembahyang? Tidak, waktunya tidak ditetapkan oleh jam tetapi mengikut peredaran matahari. Bagaimana? Saya pun membuka aplikasi waktu solat dan menunjukkan kepadanya ia berubah-ubah dalam masa beberapa hari.


"Saya pun menjelaskan kepadanya setiap solat dan dia kagum dan terkejut. Katanya: "Saya minta maaf, boleh saya membuka kamera dan ulang apa yang awak katakan tadi?"


Dr Muhammad Salah mengakhiri catatannya di Facebook berkata: 'Ya Allah! Muliakan Islam dan Muslim di mana-mana sahaja. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 04:39 PM | Show all posts
Masya Allah. This is good but isn't it better kalau semangat meningkatkan syiar Islam diextend juga kepada semangat membela Palastine. Payahnya bila Emir Arab ni tak bersatu dan lelebih lak nak bela hak zionis.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Muhammad pun dah Salah, kita nak kena ikut siapa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:23 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 2-12-2022 04:44 PM
Kalau Muhammad pun dah Salah, kita nak kena ikut siapa lagi? :2l ...

Kekeke... lawak 'Mo Salah' ni sangat menjadi dgn melayu

Dorang ni curious ja bukan kagum as in terus rasa nak masuk Islam. If only it is that simple.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:57 AM | Show all posts
apa yg kagum sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:10 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 1.395820 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list