CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 969|Reply: 12

[Video] Murid di Kajang duduki peperiksaan dalam banjir

[Copy link]
Post time 2-12-2022 11:07 AM | Show all posts |Read mode


Murid di Kajang duduki peperiksaan dalam banjir
02 Dec 2022 08:47AM

KAJANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kejadian banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang, yang menyebabkan sekumpulan murid terpaksa menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam kelas yang dinaiki air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Astro AWANI berkata, kejadian berlaku pada Rabu (30 Nov) susuli hujan lebat berterusan tanpa henti melebihi satu jam.

“Banjir kilat berlaku pada sekitar pukul 4.30 petang dengan anggaran ketinggian air pada ketika itu ialah dua kaki (60 sentimeter).

“Seramai 64 orang murid berumur 11 tahun sedang menduduki peperiksaan UPKK dan dipantau oleh lapan orang guru,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis malam (1 Dis).


Encik Norazam berkata, air sudah surut sepenuhnya sekitar pukul 7.00 petang pada hari sama.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekolah berkenaan terletak di kawasan rendah berbanding kawasan sekeliling dan kerap berlaku banjir kilat.

Ujarnya lagi, kejadian banjir kilat hanya melibatkan kawasan sekolah tersebut sahaja.

“Pasukan bertugas semalam telah membuat rondaan dan pemantauan di kawasan sekitar Sungai Balak termasuk di SRA Sungai Balak mendapati air telah surut sepenuhnya,” dedah Encik Norazam.

Terdahulu, tular di laman sosial memaparkan sekumpulan murid tetap meneruskan peperiksaan meskipun air banjir sudah memasuki kelas.

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan murid lengkap memakai seragam sekolah bersama guru masih berada di dalam kelas selepas sesi peperiksaan kelihatan baru berakhir.

https://berita.mediacorp.sg/duni ... dalam-banjir-712761

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2022 11:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2022 11:10 AM | Show all posts

RAKAMAN murid menjawab Ujian Penilaian Kelas KAFA dalam keadaan kelas dinaiki air. FOTO tular

'Banjir di sekolah memang sudah dijangka'
Disember 1, 2022 @ 6:04pm

Kuala Lumpur: "Saya dapat tahu pun selepas video itu (banjir) dikongsikan ustazah dalam kumpulan WhatsApp sekolah," kata Kartini Adris, ibu kepada murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang, Selangor.

Anaknya, Nur Humairah Nazri, 11, terpaksa menjawab Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 dalam keadaan kelas dinaiki air.

Kartini berkata, dia sudah boleh menjangka sekolah itu akan banjir setiap kali hujan lebat.

"Betul, anak saya salah seorang yang terbabit dalam kejadian yang berlaku pada petang semalam. Saya tengok video itu dalam kumpulan WhatsApp sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari hospital.

"Kejadian berlaku pada sesi petang bagi Adab Kertas 2. Waktu itu memang dah nak habis masa pun. Itu sebab peperiksaan tetap diteruskan.

"Bila hujan lebat semalam, saya sudah boleh jangka sekolah mesti dinaiki air. Sebab sebelum ini pun sekolah itu pernah banjir," katanya.

Menurutnya, anaknya berkongsi cerita yang semua murid ditempatkan di kantin sekolah sejurus selepas tamat peperiksaan.

"Anak saya beritahu, semasa dalam kelas mereka kena duduk bersila di kerusi sebab air tinggi. Selesai saja cikgu ambil semua kertas jawapan, murid ditempatkan di kantin.

"Ibu bapa kemudiannya diminta untuk mengambil anak masing-masing lebih awal berbanding kebiasaan," katanya.

Terdahulu, Kartini yang juga suri rumah memuat naik hantaran video di TikTok.

Video itu memaparkan murid sudah selesai menjawab soalan apabila kelihatan beberapa wanita yang dipercayai guru sekolah sedang mengumpul kertas jawapan.

Difahamkan, ujian bertulis UPKK bermula sejak 28 November hingga 1 Disember dan memandangkan 28 November adalah cuti umum, tarikh baru ditukar pada 5 Disember.

UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid tahun lima dalam bidang pengajian al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mang-sudah-dijangka

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2022 11:12 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknya amik periksa dlm banjir...mesti sampai tua teringat
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:21 AM | Show all posts
Again mesti masaalah perparitan yang menyebabkan berlakunya banjir.  Kesian budak2 kena ambik exam dalam keadaan macam tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
budak suka lah leh main air..teringat dulu masa sekolah rendah kat kelate umur 9,10 tahun gitu balik sekolah van yg aku naik tu stop suruh turun jalan kaki harung banjir.aku igt lagi air tu deras oi mujur tak di bawak arus..mujur ada acik2 tolong seberang banjir tuhrmh nenek aku time tu dah mcm kat pulau, keliling semua banjir umah dia steady jah tak banjir
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:58 AM | Show all posts
seronok plk nmpk dorg main2 goyang kaki kt air tu


btw sekolah ni xde ke inisiatif postpone kan exam tu
bahaya tu
buatnya ada ulor ke duk berenang2 naik kt kaki
faktor kebersihannya lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 12:21 PM | Show all posts

Tak Bahaya Ke Biar Murid Teruskan Peperiksaan UPKK Dalam Banjir?

Banjir melanda beberapa kawasan di Selangor turut memberikan cabaran buat murid-murid yang sedang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) seperti video tular di media sosial ketika ini.


Dalam video tersebut, sekumpulan murid didakwa tetap meneruskan peperiksaan meskipun air banjir sudah memasuki kelas.




TikTok




Menerusi ruangan kapsyen, kejadian dipercayai berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang ketika murid-murid menduduki peperiksaan UPKK.


Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan murid lengkap memakai seragam sekolah bersama tenaga pengajar masih berada di dalam kelas selepas sesi peperiksaan kelihatan baru berakhir.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPKK di sekolah itu malah ada yang mendoakan agar urusan calon-calon dan tenaga pengajar terlibat dipermudahkan.







Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan tiada laporan kejadian banjir diterima di kawasan berkenaan setakat petang Khamis.




Sumber: Sinar Harian








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2022 02:55 PM | Show all posts
Bisa kena penyakit ini
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 04:28 PM | Show all posts
air bersih ke tu?
risau plak ada jangkitan nnt
kaki dok tenggelam lama dalam air tu ha
seronok mmg seronok dik main air banjir
zaman meols dok pantai timur dulu pun
p sekolah juga walaupun air masuk dalam kelas sbb nak exam
tapi cikgu bagi kelonggaran pakai ja baju biasa
kasut jangok2 pun okay je
bawah meja cikgu letak bata tingkat2 suruh letak kaki
tamau kaki tenggelam
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang dewasa bimbang.

Bebudak seronok je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ai upkk 2019 ,banjir. Syok kemain diaorg main air. Kenangan tu. Tp kena tgk2 jugak la kalau anak tetiba sakit .

Anak ai upkk tahun ni . Sepatutnya dah hbs pun tp postpone sb pilihanraya. Ni subjek pertama pun postpone  Isnin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053886 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list