CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2448|Reply: 19

Cahaya Kemenangan Shashi - (Saatnya filem Tamil diberi peluang)

[Copy link]
Post time 5-11-2010 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Kepayahan kini berbalasOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

MEMENANGI trofi Pelakon Harapan Lelaki FFM23 telah memberikan semangat baru kepada Shashi.



SELAMA sedekad bergelar seorang pelakon, anak jati Kuala Lumpur ini mengakui belum pernah merasai pengalaman yang cukup menakjubkan.
Kata Shashi Tharan, jika bukan kerana peluang yang diberikan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, memang mustahil untuk dia dikenali oleh pencinta filem tempatan seperti mana hari ini.

Lebih-lebih lagi selepas dimasyhurkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) baru-baru ini, Shashi dapat merasakan satu semangat baru untuknya terus mengembangkan bakat lakonannya kepada masyarakat.
"Untuk membayangkan diri saya berada dalam senarai lima calon terbaik, ia sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh akal saya. Tidak pernah terdetik pun untuk saya mengimpikan nama saya sebaris dengan Kamal Adli, Redza Minhat, Remy Ishak dan Sheikh Bolkhiah.

"Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya fikir inilah permulaan bagi saya untuk menembusi pasaran arus perdana.
"Sudah pasti, saya mahu terus diberi peluang untuk membintangi drama dan filem tempatan. Jika sebelum ini, ramai artis India tempatan hanyalah memegang portfolio sebagai pelawak, namun, saya mahu mengubah senario itu.

"Apa yang penting adalah untuk saya berkongsi bakat dengan masyarakat sekali gus memperkenalkan nama saya kepada khalayak," katanya dalam nada yang cukup optimis ketika ditemu ramah dalam sesi fotografi yang berlangsung di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memang tidak dinafikan, nama Shashi memang begitu asing dan tidak sepopular artis India tempatan yang lain.

Tetapi, reputasi Shashi cukup gah dan merupakan antara aktor yang cukup diminati dalam industri penerbitan filem dan televisyen India tempatan.
Buktinya, dia pernah diikitiraf sebagai Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Lelaki Terbaik oleh Persatuan Artis Tamil Malaysia pada tahun 2007 dan 2008.

Tidak pernah berubah



NAMUN, bagi Shashi, apa sahaja yang dimilikinya hari ini bukanlah satu tiket emas untuknya berubah menjadi sehingga lupa segala kepayahan dan kesusahan yang pernah dilaluinya sedekad lalu.

"Saya sering mengingatkan diri saya sejauh mana pun langkah kita sehingga membawa kita ke hadapan, jangan sesekali lupa untuk menoleh ke belakang kerana di situlah terletaknya kunci segala kejayaan," ujarnya dengan maksud yang cukup mendalam.
Shashi tanpa selindung memberitahu aktiviti seni dalam komunitinya bukanlah semudah seperti mana yang dinikmati oleh karyawan arus perdana.

Apatah lagi sebagai golongan minoriti di negara ini, hasil kerja mereka hanya dapat ditonton oleh kelompok mereka sahaja tanpa mendapat publisiti yang meluas.

Tetapi kata Shashi, dia bersyukur kerana setiap karya yang dihasilkan mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan yang menayangkan drama lakonan mereka di saluran RTM.

"Sedikit sebanyak dapatlah penonton menonton hasil lakonan kami. Kalau hendak harapkan stesen televisyen swasta, memang sukar untuk kami mendapat peluang sebegitu," katanya yang sudah membintangi 25 buah drama sepanjang sedekad bergelar pelakon.

Begitu juga kata Shashi, penghasilan filem yang dilakukan secara independent (indie) dan setiap filem itu hanya ditayangkan di pawagam-pawagam kecil di beberapa lokasi terpilih sahaja.

Seperti dirinya sendiri, dia hanya sempat berlakon dalam empat buah filem sahaja filem yang memberi kejayaan manis untuknya adalah Aathma yang menobatkannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

Tambahnya, kerana cintanya yang cukup mendalam dalam bidang lakonan, Shashi sanggup melepaskan kerja tetapnya sebagai seorang pengurus di salah sebuah kolej terkemuka di ibu negara sejak dua tahun lalu.

"Langsung tidak timbul rasa menyesal dengan keputusan yang saya lakukan itu kerana saya sudah dapat melihat saya berada di landasan yang betul.

"Memang saya sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan tetapi saya hanya dikenali dalam kelompok saya sendiri dan memang tiada siapa yang kenal siapa Shashi Tharan.

"Tetapi, saya rasa sekarang sudah berubah dan perlahan-lahan, peluang serta rezeki mula datang kepada saya. Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan saya dan untuk itu, saya benar-benar bersyukur di atas kurniaan yang diberikan kepada saya hari ini," ucapnya berkali-kali saat ditanya perubahan hidup yang dialaminya ketika ini.


-----------------------------

KOMEN Figure_return


siknifikin bagi aku.. rupanya filem tamil di malaysia seiring maju dengan filem2 melayu kita.. sehinggakan mereka ada festivel filem sendiri untuk menghargai seni dari karya bangsa mereka..


bagi aku.. tindakan mamat khalid memperkenalkan kita dengan filem estet berjaya merubah tanggapan kita bahawa filem tamil tak best dan pelakon tamil hanya ibarat pelakon indie..


jika tidak.. masakan afdlin pula mengikut jejak langkah mamat khalid dengan membikin filem Appalam.. dalam filem appalam ni pun shasi ada berlakon..


dan saatnya kita membuka mata terhadap perfileman tamil di negara kita dan menyokong filem2 buatan tamil ini seperti mana kita menyokong filem melayu.. ini hanya pendapat aku lah..taktau la pula kalo ada yang masih tebal dengan sifat rasisme... hurmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2010 02:45 PM | Show all posts
deyyyy....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 02:48 PM | Show all posts
sape dah  tengok estet ? leh kasi review ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 02:49 PM | Show all posts
slamat ari deepavali
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 02:50 PM | Show all posts
aku peminat tegar filem2 tamil di TV2 kul 1.30pm-3.30pm..dulu(12.30-2.30)...cite dorg sgt best...lebih2 lg kalo sempena hari guru ke..hari ibu..hari bapa..gle best....motipp aku tersemangat??
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 02:53 PM | Show all posts
hako pon peminat gak dulu2 chechu...sama laa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2010 02:55 PM | Show all posts
hp diwali
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 02:55 PM | Show all posts
hidup ketuanan tamil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2010 02:56 PM | Show all posts
sape dah  tengok estet ? leh kasi review ?
tomet05 Post at 5-11-2010 14:48


KOMEN Figure_return

Serius, siapa yang tak faham dengan filem2 mamat khalid..mereka akan menganggapa filem mamat sebagai sampah or sebagainya..
tapi bagi pengemar filem mamat.. mereka ada sebab untuk mengatakan filem mamat best..

jadi dimana2 pun..kita tak boleh dapatkan kesempurnaan..

bagi aku..filem estet bukanlah filem bertaraf 5 bintang..tapi filem ni dibuat secara halus untuk menyedarkan kita tentang keadaan sekeliling kita.. negara kita dan tentang wajah politik sebenar di malaysia..

bagi aku jgk..lwk2 dalam filem estet ni tak ubah macam lawak dalam filem rock..zombi kg pisang..man laksa..langbuana.. dan kerana ciri2 lawak yang konsisten dikekalkan mamat lah menyebabkan dia ada sekelompok peminat filemnya sendiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2010 03:50 PM | Show all posts
aku peminat tegar filem2 tamil di TV2 kul 1.30pm-3.30pm..dulu(12.30-2.30)...cite dorg sgt best...leb ...
chekacheku Post at 5-11-2010 14:50


KOMEN Figure_return

skang ni dah ada astro vanavil.. harap2 filem tamil tak kalah dengan filem melayu..filem malaysia sama2 satu industri.. so selagi boleh bekerjasama.. elok la bekerjasama..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 04:00 PM | Show all posts
hepi diwali lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 04:43 PM | Show all posts
suka cite padayappa tu je.. zap zap zappsss..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 04:44 PM | Show all posts
time2 diwali slalu cite tamil best2.. at least cite lg best dr hindustan yg rata2 asyik pasal cinta cintun.. lagi satu apa ke nama cite yg padayappa ada ngan jhotika kena rasuk tu.. bestt!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 05:10 PM | Show all posts
jalan citer filim tamil memang jauh lagi bagus dari filim hindustan yg trsangat nan hado
Cuma harap kurangkan unsur ganas/erotic melampau
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 05:51 PM | Show all posts
aku peminat tegar filem2 tamil di TV2 kul 1.30pm-3.30pm..dulu(12.30-2.30)...cite dorg sgt best...leb ...
chekacheku Post at 5-11-2010 14:50



   setiap hari apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 06:05 PM | Show all posts
tak sangka dia ni dh 10tahun dlm industri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2010 06:44 PM | Show all posts
tak dinapikan..mmg arus drama or pilem tamil hazab skit kat malaysia neh...sama gak la ngan arus cina pon..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 07:50 PM | Show all posts
Reply 15# Hassan


    setiap hari ahad.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 07:56 PM | Show all posts
Reply 14# solstice

setuju....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2010 10:56 PM | Show all posts
x tengok film ni lg...so no comment on his acting yet..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.427829 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list