View: 3505|Reply: 47
|
Mana Boleh Anwar Dilantik PM Interim, Agong Boleh Isytihar Darurat - Ku Li
[Copy link]
|
|
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berharap Yang di-Pertuan Agong dapat membantu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan kerajaan baharu dapat dibentuk dalam masa terdekat.
Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Gua Musang berpendapat, jika kesemua ketua gabungan parti gagal mencari kata sepakat untuk membentuk kerajaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat.
"Sekiranya tiada gabungan parti mendapat majoriti 112 kerusi, maka kuasa itu kembali kepada Yang di-Pertuan Agong, hanya baginda yang boleh menentukan caranya.
 FB
"Kalau semua parti tidak dapat menghasilkan satu formula untuk bekerjasama, mungkin Yang di-Pertuan Agong akan memerintah secara darurat.
"Ini menerusi kuasa yang ada pada Baginda di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan sehingga keadaan boleh menubuhkan kerajaan. Ini adalah pendapat saya," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, berapa lama tempoh darurat itu boleh berlarutan adalah bergantung kepada semua parti politik sehingga mereka mendapat kesepakatan untuk membentuk kerajaan.
"Berapa lama tempoh, itu terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya Baginda rasa perlu pegang setahun, dua tahun, tiga tahun sehingga pihak politik boleh berdamai sesama mereka, bersetuju berpakat.
"Jika tidak, perkara akan jadi seperti ini semula (kerajaan tergantung) atau mungkin lebih teruk lagi daripada ini saya fikir," katanya.
Mengenai khabar angin mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri Interim, beliau berkata perkara itu tidak mungkin berlaku.
"Macam-macam khabar angin di media sosial, bahawa Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri interim, mana boleh…
"Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob) sahaja kini menjadi Perdana Menteri 'care taker'. Bila tugasnya selesai, kerajaan baharu mesti ditubuhkan dan ketua gabungan mesti dapat 112 majoriti," katanya.
 FB
Dalam pada itu, katanya usaha pembentukan kerajaan yang baharu perlu mengambil sensitiviti yang paling utama iaitu majoriti populasi negara ini adalah orang Melayu dan Bumiputera.
"Soal pokoknya bukan soal kerjasama parti dengan parti, soal pokok yang kita semua perlu fikir adalah majoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera, yang mana lebih 50 peratus dari populasi, kita tidak boleh abaikan ini, ini sensitiviti.
"Kalau anda tanya Ketua Pembangkang dulu pun, dia selalu menimbulkan the leader of this country must be an acceptable Malay (pemimpin negara ini mestilah dalam kalangan orang Melayu yang diterima).
"Jika kita bercakap mengenai Anwar Ibrahim, dia adalah pemimpin PH yang mana ada DAP, Amanah dan PKR. Tetapi PKR cuma ada 27 kerusi, Amanah ada tiga (kerusi) dan DAP ada 40 kerusi. Parti ini (PH) didominasi oleh DAP.
"Bolehkan Anwar mengawal PH dengan cara yang dia fikir boleh kawal? Yang mana Tun Dr Mahathir (Mohamed) gagal semasa 22 bulan beliau mengetuai kerajaan PH, apa yang buat kamu fikir Anwar dapat buat lebih baik dan Dr Mahathir?" katanya.
Tambah beliau, PH memerlukan 112 kerusi dan memerlukan sokongan parti lain untuk menubuhkan kerajaan dan sekiranya Umno menyokong, adakah ia akan diterima oleh rakyat dan ahli Umno di peringkat akar umbi.
"Harap Yang di-Pertuan Agong dapat memberikan nasihat yang terbaik sebelum dipersetujui pembentukan kerajaan.
" erlu ambil faktor ini (sensitiviti Melayu dan Bumiputera) selain daripada soal kesihatan rakyat, ekonomi yang merundum jatuh tetapi masalah politik tidak selesai, tidak stabil yang menghimpit kehidupan rakyat.
"Kita berharap apa juga persetujuan dicapai akan memenuhi kehendak orang ramai kerana faktor utama adalah populasi Melayu dan Bumiputera yang mana populasi terbesar dalam negara ini," katanya.
Jelas beliau, penubuhan kerajaan Perak menerusi gabungan BN dan PH juga kini menjadi tanda tanya kerana melanggar prinsip 'No Anwar, No DAP'.
"Sebahagian atau seluruh ahli Umno tidak boleh terima DAP bahkan pada Perhimpunan Agong Umno (PAU) sudah membuat keputusan tidak akan bekerjasama bukan sahaja dengan DAP atau PH tetapi dengan pimpinan Anwar Ibrahim. No Anwar, No DAP itu PAU, ini bukan mesyuarat agung cawangan.
"Tetapi kita sudah tubuh kerajaan campuran di Perak, di sini menjadi tanda tanya," katanya.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima Jho Low x pa pulak ya Tengku...sembang kencang tua ni..ko pun dulu lari dr Umno tubuh Parti Semangat 46...ujung2 ludah jilat balik masuk Umno |
|
|
|
|
|
|
|
"Bolehkan Anwar mengawal PH dengan cara yang dia fikir boleh kawal? Yang mana Tun Dr Mahathir (Mohamed) gagal semasa 22 bulan beliau mengetuai kerajaan PH, apa yang buat kamu fikir Anwar dapat buat lebih baik dan Dr Mahathir?" katanya.
HAHAHAHA. Ini WINN |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 22-11-2022 10:44 PM
memandai je kuli ni.
dahlah xhabis2 nak momokkan org melayu dgn dap bagai.
masa ph jd kerajaan dulu bukan dap yg buat kacau tapi yiddin lah dgn kuncu2 dia anwar yg xsabar nk jd PM bagai. melayu yg buat kacau. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 22-11-2022 11:40 PM
HAHAHAHA. Ini WINN
x boleh main 'ramal2'..la orix...kalo 'KENA'...betul la tu..x 'KENA'..salah la tu...tunggu jer la... |
|
|
|
|
|
|
|
Org2 politik ni semua badan sihat kuat ye..
Kuli 85, rafidah 79, midin bangnon 75, atok 97
Tiber tgk umur |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 22-11-2022 11:40 PM
HAHAHAHA. Ini WINN
Takpa, kalo x leh kawal leh buat langkah syaitooon lagi |
|
|
|
|
|
|
|
betul.... iols rs drpd org nak marahkan wak jahid, better marahkan abahcow pengkhianat taguna lagi sembab dan tak berpenjana
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 22-11-2022 10:56 PM
betul.... iols rs drpd org nak marahkan wak jahid, better marahkan abahcow pengkhianat taguna lagi ...
manusia bahaya itu yiddin. dahlah nama sendiri pon dia tak percayakan. |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 22-11-2022 11:48 PM
Org2 politik ni semua badan sihat kuat ye..
Kuli 85, rafidah 79, midin bangnon 75, atok 97
Tiber tgk ...
Nenek Rafidah tu kat luar comeii..kecik je org nye..tp homeh btl mulut nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 23-11-2022 12:35 AM
manusia bahaya itu yiddin. dahlah nama sendiri pon dia tak percayakan.
Betul…. Abahcow tu sebenarnya yg plg jahat.. ummah je masih benak menilai… bahaya org yg dianggap baik ni tp sebaliknya topengkan setan… teringat cite atok tiap kali meeting bersatu abahcow asyik ckap i dont want to be PM when no one asked him pun……. Sekali… hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa yg banyak berbunyi sekarang org BN padahal kalah teruk? Duk diam2 tak boleh ke. Settle kan si presiden muka tembok.korang tu dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong pendapat ku li
Agong kena amik kira sensitiviti kaum majoriti kt negara ini
Aku x nak dap jadi krjn
Ckp la 22 bln aritu
Terserlah perangai masing2
Melayu bodo je yg sokong dap
Betul la kata tun m
Melayu mudah lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Whitney72: Terima Jho Low x pa pulak ya T ...
Semangat 46 dulu bendera apa ye? Teko kopi ye?
Anwar je mampu jinakkan umno. Semangat 46 jadi semangat bobo di mana |
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 23-11-2022 06:21 AM
Aku sokong pendapat ku li
Agong kena amik kira sensitiviti kaum majoriti kt negara ini
Aku x nak dap ...
Yup tengok kes timbalan maszlee yang lebih sudu dr kuah & kes adib vs kuil aje dah cukup. Ingat lagi kes kuil tu,menteri2 bangsa tu yg tak berkaitan buat meeting. Si hindraf racist tu boleh pulak jadi menteri perpaduan what a joke |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu ckp Ku Li
nk kawal Cina DAP yg ada kuasa dlm kabinet dgn masa tak ada kuasa dlm kabinet berbeza
TDM dh buktikan
dpt bertahan 22 bulan je mampu kawal |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 23-11-2022 07:18 AM
Pastuh nak wat cemana takkan nak g humban semua ahli DAP tu dlm laut.
Kena ingat depa ada 40 kusi lagi banyak dr kusi yg bangnon ada.
Opkos depa tau depa lebih berhak duk dlm kabinet tu berbanding yg lain2.
|
|
|
|
|
|
|
|
primarikey replied at 23-11-2022 06:21 AM
Aku sokong pendapat ku li
Agong kena amik kira sensitiviti kaum majoriti kt negara ini
Aku x nak dap ...
Mana ada malayu bodo.melayu urban terpaling berpelajaran gaji banyak bak kata sorang acik porumer ko kalau dok atas pagar atau tiba tiba bela wak jahit sbb x nak bergabung depa tuduh ko kak long rempit plak |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 23-11-2022 07:16 AM
Pastuh nak wat cemana takkan nak g humban semua ahli DAP tu dlm laut.
Kena ingat depa ada 40 kusi la ...
Kan. Cakap senang tak nak dap tak nak dapt tapi majority seat dlm ph tu dap le. Patut pn diam dulu, ph yg first should have the right to refuse. Ni memandai no 2 nak hijack pula. Btw, i non partisan tak vote any of the 3 amigos ni so bukan cai mana2 pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|