CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 942|Reply: 1

Wartawan Kaget Dirompak Ketika Buat Lintas Langsung Piala Dunia 2022

  [Copy link]
Post time 22-11-2022 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wartawan penyiaran Argentina, yang tiba di Qatar untuk membuat liputan Piala Dunia 2022 berdepan detik mencemaskan apabila dirompak pada hari pertama kejohanan.


NDTV Sports melaporkan, kejadian berlaku ketika wartawan dikenali Dominique Metzger membuat lintas langsung untuk menyampaikan perkembangan semasa.




YouTube/Todo Noticias




Insiden itu membuatkan Metzger terkedu dan memaklumkan dia terkejut dengan apa yang berlaku ketika membuat laporan kepada polis.


Susulan insiden itu, polis menawarkan sokongan penuh dan jaminan suspek akan dikesan dalam masa yang singkat menggunakan kamera keselamatan tinggi di negara ini selain meminta cadangannya untuk hukuman sehingga menyebabkan wanita itu kaget.


Dakwaan mengatakan barang dari beg tangan Metzger dicuri manakala rakaman liputan langsung itu turut tular di media sosial.




YouTube/Todo Noticias




"Saya pergi ke balai polis dan ketika itulah kejadian berlaku.


Polis wanita itu berkata, kami mempunyai kamera berteknologi tinggi dan akan mengesan suspek pengesanan wajah. Apa yang anda mahu sistem keadilan lakukan apabila kami menemuinya?," kata Metzger.


"Keadilan apa yang kamu mahukan? Apakah ayat yang kamu mahu kami berikan kepadanya? Adakah kamu mahu dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun? Adakah kamu mahu dia dihantar pulang?", tambahnya










Difahamkan, sebahagian wartawan menghadapi masalah semasa melaporkan di Qatar.


Terdahulu, seorang wartawan Denmark diminta menghentikan penggambaran ketika membuat liputan.


Penganjur kejohanan kemudiannya memohon maaf kepada wartawan itu atas kesilapan yang berlaku.


"enganjur kejohanan menyedari insiden di mana kru penyiaran Denmark tersilap dan diganggu ketika lintas langsung di salah satu destinasi pelancongan Qatar," kata kenyataan rasmi pihak berkuasa mengenai perkara itu.


Permohonan maaf sudah dibuat kepada penyiar oleh petugas keselamatan di tapak sebelum kru meneruskan aktiviti mereka.


"enganjur kejohanan bercakap dengan wartawan itu dan mengeluarkan nasihat kepada semua entiti supaya menghormati permit penggambaran yang disediakan untuk kejohanan itu," katanya.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2022 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sorang je ke yg tak nmpk masa dia kena robbeb?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054174 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list