View: 1195|Reply: 17
|
Mahkamah Agung: Usia Mengundi Semasa 18 Tahun Melanggar Hak Golongan Muda, Sepatutnya 16 Tahun
[Copy link]
|
|
WELLINGTON – Mahkamah Agung New Zealand hari ini membuat keputusan bahawa usia mengundi semasa 18 tahun melanggar hak golongan muda sekali gus mendorong kerajaan melancarkan pelan untuk menurunkan usia tersebut kepada 16 tahun.
Susulan keputusan itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern segera memperkenalkan draf undang-undang untuk menurunkan usia mengundi, namun memberi amaran bahawa perubahan sukar dilaksanakan dan tidak boleh dikuatkuasakan sebelum pilihan raya umum 2023.
Ardern menyokong perubahan itu tetapi berkata, ia memerlukan sokongan 120 anggota Parlimen New Zealand.
 Foto: AFP
“Saya secara peribadi menyokong penurunan usia mengundi tetapi isu ini bukan untuk saya yang memutuskan ataupun kerajaan.
“Sebaliknya, sebarang perubahan kepada undang-undang pilihan raya memerlukan sokongan 75 peratus anggota Parlimen,” katanya kepada pemberita di Wellington.
Keputusan Mahkamah Agung itu merupakan penutup kepada kes berusia dua tahun yang dikemukakan oleh kumpulan Make it 16 tetapi hanya Parlimen boleh menurunkan usia mengundi.
Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Agung itu bermakna Parlimen kini melanggar hak asasi pengundi sekali gus memaksa anggota-anggota Parlimen menimbang untuk melakukan perubahan.
Hanya segelintir negara di dunia mempunyai usia mengundi 16 tahun khususnya Brazil. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Aku cadangkan.................had umur 10 tahun keatas |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 21-11-2022 02:55 PM
Aku cadangkan.................had umur 10 tahun keatas
Tapi anak buah iols yg umur 7 tahun pun dah pandai buat pilihan, mula mengundi terus dari sekolah rendah lagi elok  |
|
|
|
|
|
|
|
alang alang kan kaka. em:3: nasib baik berita kat niujilen |
|
|
|
|
|
|
|
Buat je lah usia mengundi seawal bayi, kan senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Seluar dalam pun mak bapak beli walaupun umur 14 dah takde teruna dara.
|
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 21-11-2022 03:14 PM
Tapi anak buah iols yg umur 7 tahun pun dah pandai buat pilihan, mula mengundi terus dari sekolah ...
Mcm jiran pokgad singapore seawal umur 3 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 21-11-2022 04:12 PM
Akta Undi 16 tahun tersenyum sinis {: ...
Pedofil.
|
|
|
|
|
|
|
|
better keluar2 perut mak terus mengundi. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju. mula undi seawal bayi, yg bawah 18thn tu of course la kena ada guardian 
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula dari sekolah rendah pun takpa... seronok budak2 boleh pakai inai colour purple |
|
|
|
|
|
|
|
Asal ada myKid, bagi je lah mengundi. Boleh buat kerja mengira 2 hari macam kat Indon sana. Ni tambah Undi18 pun dah melangkau2 ke dini hari mengira lama2, sampai kita yg menunggu pun tak boleh tidur sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut buat sekolah ikut parti tgk sekolah mana plg ramai student |
|
|
|
|
|
|
|
budak umur16 lg la otak dia mendidih lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Mulalakan nengundi sejak lahir saja lah... Bayi pun ada hak juga menentukan masa depan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|