View: 2270|Reply: 34
|
BN-PH Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Saarani Kekal Menteri Besar
[Copy link]
|
|
IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini memperkenankan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama-sama membentuk kerajaan negeri Perak.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, sehubungan itu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang dicalonkan BN dan PH sebagai Menteri Besar akan mengangkat sumpah jawatan tersebut di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada pukul 5.30 petang hari ini.
 Foto: Kosmo
“Dalam pukul 12.30 tengah hari, Datuk Saarani bersama Dr. Aziz Bari mewakili BN dan PH menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan persetujuan kedua-dua pihak (untuk membentuk kerajaan negeri).
“BN mempunyai sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan PH 24 ADUN. Mereka mempunyai 33 ADUN yang menyembahkan calon untuk dipertimbangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Menteri Besar Perak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada masa sama, Annuar berkata, untuk berlaku adil, Sultan Nazrin turut bertitah supaya wakil Perikatan Nasional (PN) menghadap baginda.
Beliau berkata, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin tampil menghadap baginda.
“Duli Yang Maha Mulia bertanya sama ada mereka yang mempunyai kerusi terbesar iaitu 26 kerusi DUN berkeupayaan untuk menubuhkan kerajaan negeri.
“Kedua-dua Zainol Fadzi dan Razman mengakui mereka tidak mempunyai angka untuk menubuhkan kerajaan negeri dan memahami bahawa Duli Yang Maha Mulia terpaksa bertindak mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, yang baginda mempercayai ADUN yang mempunyai majoriti mudah diperkenan dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya.
Justeru, Annuar berkata, oleh kerana wakil-wakil dari PN tidak membantah (BN dan PN menubuhkan kerajaan negeri) serta tidak mengatakan mereka mempunyai angka, Sultan Nazrin berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh wakil dari BN dan PH.
“Mereka hanya mengemukakan satu calon tunggal sebagai MB iaitu Yang Berhormat Kota Tampan, Saarani.
“Oleh kerana ada persefahaman dan secara terhormat PN menerima keadaan itu, serta memandangkan bahawa pentingnya untuk dewan negeri segara bersidang meluluskan bajet, Duli Yang Maha Mulia berkenan pada petang ini pukul 5.30 petang istiadat angkat sumpah Menteri Besar dilaksanakan di Istana Iskandariah,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
demi nk jd MB...segalanya mungkin. dulu PAS pun sama bezanya dulu PAS mmg bertanding dalam pakatan yg sama. lps ni PN blh kempen un di BN dapat DAP plk...tp rasa mcm tak lama kerajaan Perak ni... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan bersidang bawah pokok tahun depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap korang adun semua gi redah banjir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan aku dpt jadi mb, lantaklah apa jadi pun kan. Dah ler ketot |
|
|
|
|
|
|
|
Uihh boleh ke org muda nak bekerja dgn org tua yg ermmmmm... Pemikiran saja dah lain...
Jenuhh plak nak ikut rentak org tuaa... Yg tua pulak jenuh pulak nk kut rentak org muda..  
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa lantik speaker dari umno...baru senang nk bubar dewan nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
^CUN_GILA~. replied at 21-11-2022 03:03 PM
Ketotnya si Sakrani..
Org ketot biasanya nafsu kuasa besar tuu...dikenali sebagai "Sindrom Napoleon".. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la sultan panggil semua, dengar terus dari mulut masing².. |
|
|
|
|
|
|
|
atas arahan presiden kut...
|
|
|
|
|
|
|
|
kucar kacir politik Malaysia. Sedih benar rakyat tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik nye mb die
Btol ke org kate yg pendek2 ni angin die lain mcm |
|
|
|
|
|
|
|
BN laku woooo.dah tak parti reshuah lagi hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi lg bumbung alphard dr dia |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke mb dari ph? Bukan cina ke semua? |
|
|
|
|
|
|
|
cemane ek heols plak jd muntri. ph pn bukan lg bnyk ke, sape terer pulitik ce citer. ke sbb sultan kenan yek |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa betol
penah kenal sorang yg pendek tapi ego tinggi mcm langit
btw, ketotnya mb kome
|
|
|
|
|
|
|
|
Buy 1 free 1.. semua berebut |
|
|
|
|
|
|
| |
|