CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 728|Reply: 0

[Dunia] Gula gula mengandungi gelatin babi ditemui di pasaraya Brunei

[Copy link]
Post time 11-11-2022 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Gula-gula tidak halal ditemui di pasar raya Brunei​November 10, 2022 @ 12:27pm

Logo halal Brunei. - Foto AGENSI

BANDAR SERI BEGAWAN: Kementerian Hal Ehwal Ugama (MoRA) membuat makluman umum bahawa gula-gula 'Assorted Chewy Sweets' di bawah jenama Fruit-tella dijual di sesetengah pasar raya didapati mengandungi gelatin babi.

Dapatan itu adalah hasil pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Syariah menerusi bahagian Kawalan Makanan Halal, susulan aduan orang ramai.
Maklumat itu turut disahkan oleh pengeluar produk berkenaan, Perfetti Van Melle, menerusi laman sesawang rasmi dan e-mel syarikat terbabit.

Jabatan Hal Ehwal Syariah, yang berada di bawah MoRA, mengarahkan pemilik pasar raya mengasingkan produk keluaran Perfetti Van Melle dengan segera ke 'Bahagian Tidak Halal' demi kepentingan umat Islam di Kesultanan itu.

Pengimport, pasar raya dan peniaga turut dinasihatkan untuk mengasingkan produk berkenaan jika ada diedarkan atau dijual di premis masing-masing. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/11/1023955/gula-gula-tidak-halal-ditemui-di-pasar-raya-brunei







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:53 AM GMT+8 , Processed in 1.275787 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list