- Daripada Abu Hurairah RA berkata:
خَرَجَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ - أَوْ لَيْلَةٍ - فَإِذَا هُوَ بِأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ، فَقَالَ: مَا أَخْرَجَكُمَا مِنْ بُيُوتِكُمَا هَذِهِ السَّاعَةَ؟ قَالَا: الْجُوعُ يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ: وَأَنَا، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَأَخْرَجَنِي الَّذِي أَخْرَجَكُمَا، قُومُوا، فَقَامُوا مَعَهُ، فَأَتَى رَجُلًا مِنَ الْأَنْصَارِ فَإِذَا هُوَ لَيْسَ فِي بَيْتِهِ، فَلَمَّا رَأَتْهُ الْمَرْأَةُ، قَالَتْ: مَرْحَبًا وَأَهْلًا، فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيْنَ فُلَانٌ؟ قَالَتْ: ذَهَبَ يَسْتَعْذِبُ لَنَا مِنَ الْمَاءِ، إِذْ جَاءَ الْأَنْصَارِيُّ، فَنَظَرَ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَاحِبَيْهِ، ثُمَّ قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ مَا أَحَدٌ الْيَوْمَ أَكْرَمَ أَضْيَافًا مِنِّي، قَالَ: فَانْطَلَقَ، فَجَاءَهُمْ بِعِذْقٍ فِيهِ بُسْرٌ وَتَمْرٌ وَرُطَبٌ، ... قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَتُسْأَلُنَّ عَنْ هَذَا النَّعِيمِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمُ الْجُوعُ، ثُمَّ لَمْ تَرْجِعُوا حَتَّى أَصَابَكُمْ هَذَا النَّعِيمُ Maksudnya: “Satu malam Rasulullah SAW keluar dari rumah lalu bertemu dengan Abu Bakar dan Umar. Lalu beliau bertanya: “Mengapa kamu semua keluar dari rumah malam sebigini?.” Mereka menjawab: Kami lapar wahai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku juga keluar disebabkan alasan yang sama seperti kamu. Marilah!” Mereka mengikuti Nabi SAW ke rumah salah seorang sahabat Ansar. Akan tetapi, beliau tiada di rumah pada waktu itu. Apabila isterinya melihat Nabi SAW, dia mengucapkan: Selamat datang. Rasulullah SAW bertanya kepada isterinya: Di manakah fulan (suaminya)? Isterinya menjawab: Sedang keluar mengambil air. Tiba-tiba orang Ansar (suami wanita tersebut) itu muncul sambil berkata: Alhamdulillah, tidak ada pada hari ini yang lebih membahagiakan aku melainkan disebabkan kedatangan tetamu yang mulia. Beliau terus beredar untuk mengambil setandan kurma, di antaranya ada yang sudah mula masak, telah masak dan muda … (Setelah menikmati hidangan) Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar dan Umar: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu akan ditanya tentang hal ini (tentang nikmat pada malam ini) di hari Kiamat kelak, apa yang membuatkan kamu keluar dari rumah adalah disebabkan rasa lapar. Kemudian kamu tidak pulang ke rumah sehinggalah kamu diberikan dengan nikmat ini daripada Allah." [Riwayat Muslim (2038)] nabi muhammad sendiri keluar rumah mencari makanan kerana kelaparan.
|