CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 513|Reply: 1

Tercampak Dari Buaian Fun Fair Dan Terkena Besi, Remaja 13 Tahun Hilang Sebelah Paru-Paru

[Copy link]
Post time 10-11-2022 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja lelaki dilaporkan tercampak ketika sedang bermain salah satu permainan di sebuah pesta sehingga menyebabkan dirinya kehilangan salah satu daripada paru-parunya.


Difahamkan, kejadian yang berlaku di Filipina itu menyaksikan mangsa bermain wave swinger iaitu buaian berpusing laju ketika menyambut pesta Halloween di Bandar Urdaneta pada 1 November lalu.


Permainan terbabit dilihat berputar dengan laju diikuti dengan jeritan.






Foto: Mail Online




Semua bertukar mengerikan apabila salah seorang daripada mereka tercampak lalu melayang dari tempat duduknya hingga merempuh satu set gril keluli.


Pengunjung yang juga berada di tempat kejadian bergegas membawa mangsa ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.


Daily Mail melaporkan mangsa terselamat, namun terpaksa menjalani rawatan pneumonektomi untuk membuang salah satu paru-parunya yang rosak.


"Doktor memberitahu anak saya kini perlu lebih berhati-hati kerana dia mempunyai satu paru-paru sahaja."


Ujarnya lagi, dia berharap agar pihak penganjur tidak mereka-reka cerita dengan mengatakan anaknya membuka kunci kerusi permainan berkenaan dengan sengaja.


"Kenapa pula dia nak buat macam tu sedangkan permainan tersebut sedang berpusing dengan laju."


Pegawai polis Pangasinan, Mejar Jeneral Polis Ria Tacderan berkata, pihak polis masih menyiasat insiden berkenaan dan terdapat beberapa persoalan yang tidak dapat dirungkai.


"Masalah yang kami alami adalah tidak dapat pastikan sama ada terdapat atau tidak pihak yang memeriksa tunggangan itu sebelum ia digunakan."


Susulan daripada kejadian itu, permainan wave swinger sudah tidak beroperasi sementara siasatan masih berjalan.


Pihak polis boleh menarik balik dan membatalkan permit mereka jika terdapat sebarang pelanggaran keselamatan berlaku. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2022 01:04 PM | Show all posts
Kesian ko dekk. Moga cpt semboh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059078 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list