CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3663|Reply: 62

Wanita Berpantang Tertekan- Mak Mentua Bossy, Pak Mentua Suka Pasang Movie Kuat-Kuat

[Copy link]
Post time 9-11-2022 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita meluahkan kegundahan di hati apabila tidak selesa berpantang di rumah ibu bapa kepada suaminya.


Katanya, dia terpaksa akur dengan segala perintah dan pantang larang ibu dan bapa mentuanya walaupun dijaga baik oleh mereka serta suami.


“Saya baru saja lepas bersalin anak pertama. Alhamdulillah yang jaga saya pantang MIL (mother in law), sebab mak dah uzur tak mampu nak jaga saya. Sedih tapi saya reda dan faham keadaan mak saya.


“MIL saya baik orangnya. Dia jaga semua okay dan tak ada masalah apa-apa. Alhamdulillah saya syukur ada juga yang sudi nak jaga. Suami pun memang banyak membantu dari segala sudut untuk jaga saya dan baby.


“Cuma yang buat saya resah bila MIL saya orangnya jenis bossy,” katanya.




Gambar Hiasan




Jelasnya, sepanjang tempoh berpantang dia terpaksa menuruti setiap arahan dan larangan diberikan oleh ibu mentua.


Malah, ketika bayinya mempunyai masalah sakit kuning, sebagai ibu banyak makanan terpaksa dielakkan namun apabila diterangkan, mentua mula terasa hati.


“Macam tukang urut, dia nak saya urut dengan orang yang dia cari tapi orang tu demam. Takkan saya nak bahayakan anak urut dengan orang tu. Set barangan pantang yang saya beli pun macam banyak saja tak kena di mata dia.


“Anak saya ada kuning, pantang makannya tu banyak halia, kunyit, lada hitam semua tak boleh, tapi bagi dia semua tu boleh. Dan sebab dia yang masak dia tarik muka bila saya cakap semua tu tak boleh.


“MIL banyak nak bagi makanan yang sepatutnya orang pantang tak boleh makan. Saya dah ada pengalaman hari pertama lepas bersalin bentan. Benda tu bukan terkesan dekat saya saja, dekat baby pun akan terkena sama.


“Saya dah cuba tolak apa yang dia bagi makan bila saya tahu itu tak boleh makan. Tetapi pada dia boleh, contoh macam durian, pulut, telur. Saya jadi stres risau bab makan sebab saya fully bf (breast feeding) baby,"katanya yang memberi susu badan kepada bayinya.


Tertekan dengan sikap ibu mentua membuatkan dia mahu segera pulang ke rumah sendiri untuk sambung berpantang.


Bukan itu sahaja, suasana bising apabila bapa mentua menonton filem di ruang tamu juga menyebabkan anaknya sukar untuk tidur.


“Rasa nak cepat-cepat balik rumah sewa sendiri nak buat semua sendiri. Saya bukan tak bersyukur tapi saya risaukan anak. Saya dah ajak suami balik, tapi saya faham dia pun risaukan saya sama sebab baru lagi dan dia dah kena masuk kerja balik.


“Lagi satu FIL (father in law) asyik ajak saya bawa baby kat ruang tamu lepak tengok movie sama-sama. Saya bukan tak nak tapi saya selesa duduk dalam bilik. Senang nak susukan anak, lagi satu dia buka sound movie tu kuat. Saya takut sebab anak baru lahir ni. Semua sensitif apatah lagi kalau bunyi tu kuat,” ujarnya lagi.


Luahan hatinya mengenai situasi berpantang di rumah mentua ini meraih perhatian di Twitter apabila ramai warganet memberikan pendapat mengenai dilema yang sedang dihadapi.




Rata-ratanya kurang senang dengan apa yang diceritakan oleh wanita ini yang seolah-olah memburukkan mentuanya.


“Awak menumpang kan? Tolong sedar diri. Atau keluar sahaja dari rumah tu. Semudah itu saja.


“Pantang sendiri. Boleh panggil servis pantang for the first few weeks. InsyaAllah ok semua.


“Banyak yang anon ni kena belajar lagi. Tapi faham penat dan mahukan privasi saja sebenarnya. Tapi banyak membaca lagi. Tambah, baby tak tidur dalam keadaan sunyi. Dia dalam perut dah dengar benda kuat (bising),” komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je whottt is pantang?


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 07:34 PM | Show all posts
anak 1st mcm kena hati2 sikit kan.. sbb 1st time.. so x boleh nak sesukahati. aku anak 1st, pantang dgn mak sendiri. mak nak bg mkn pun takut. takut badan x kuat or x serasi, bentan pulak, x pun naik gatal2. so semua makanan pun mak akan cakap cuba makan sikit dulu. klu ok, boleh makan lg.

klu dah mcm tu keadaan si anon ni.. better dia duduk kat rumah sendiri je. panggil je confinement lady tolong jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni takde mulut ke nak cakap? ayah meh sini remote tu jap kuat bebenor la yah. baby nak tidor susah
gituuuuuu

ni mesti spesis-spesis pempuan kaki main fb duk share pengorbanan isteri tanggungjawab suami yada yada yada
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak berpantang sendiri je, kalau dah suami jenis rajin bantu ok je.
Lebih baik pantang sendri atleast cepatla skit pandai uruskan baby tuh.
Nih dah dekat sebulan pun tak reti2 lagi mandikan anak.
Si suami pun sama patutnya dia la yg paling awal belajar mandikan baby mentang2 ada mak dia pun wat bodo je.
Esok2 dh abis cuti bersalin kena gak buat sendiri.
Eh tiba terbebel plak kat sini.. tp inilah yg iols nampak bila memasing berpantang kat umah mak pak.
Bebetul rileks pastu bila nak abis cuti bersalin dh mula gelabah cemana nk nnt bila tinggal bertiga je kat umah nk jaga tu cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak first la senang nak jaga sorang. U tak payah jaga anak lain, jaga baby n diri sendiri je. Baby kalau x kuat meragam pun most of the time tido je. Aku pun anak first jaga sendiri lepas the first 2 wks. Aman2 je. Lagi selesa. Bila baby tido, aku tido, kemas rumah ke semua tu tak payah pun. Bukan bersepah sangat pun just baby n u je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2022 08:00 PM | Show all posts
rasa nya mak mertua dia jenis moden, banyak membaca,,

minah ni jenis malas baca,, jadi semua benda pada dia tak leh makan.. tak leh bising..

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 9-11-2022 07:34 PM
anak 1st mcm kena hati2 sikit kan.. sbb 1st time.. so x boleh nak sesukahati. aku anak 1st, pantang  ...

Bab makan tu kalau sblm ni takde alergik ngn mknn tu takde hal pun nk mkn.
Boleh makan mcm biasa, lagi satu kena pelbagaikan mknn ni jgn mkn menda sama je hari2.
Susu pun jd tak sedap dan tak byk sbb si mak asik mkn menu sama yg tak sedap plak tu.
Baby pun mcm takmo minum laa lelama susu pun kering pastu mak2 igt dia mmg takde susu padahal sbb baby tak kerap nyusu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I love my MIL and FIL....  
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa, perkara2 tak boleh makan itu, tak boleh ni, minta nurse yg cakap kan dgn MIL, mungkin lebih ok kot. Kalau menantu yg cakap, takut beremosi, maksud tak sampai, gaduh je nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti sejenis anak lelaki takut dgn mak..hahaha... Xbole nak decide sendiri keputusan bedasarkan situasi isteri.. Puihh
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
anak no 2 pantang sendiri time pkp kt sabah
nasib ada kawan2 sayu ingat balik
ambil pembantu, kira mak cik tu masak lauk pantang, kemas rumah, mandikn baby kira org runah aku baring rehat jer
sampai skrg betapa rasa sedap mak cik tu masak biarpun hanya ikan bakar kosong
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
balik je la umah sendiri merengek kat toklaki tu tetiap hari
mujur iols dulu pantang dgn mil ok2 sajork. heaven sgguh.
cuma time tu fil mil baru pencen, dah jadi reunion derang plak rerakan mai melawat tetiap hari. terpaksa iols melawa sentiasa
yg bestnya berkepok anak iols dpt duit
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi lah pantang kat umah mak sendiri gitu..panggil pembantu ke nurse temankan
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kechikchomel at 9-11-2022 08:55 PM
glump replied at 9-11-2022 08:46 PM
Pi lah pantang kat umah mak sendiri gitu..panggil pembantu ke nurse temankan

Dia kata mak dia dah uzur. Tak larat nak jaga.Kalau nak panggil helper nak kena keluar duit lak

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 9-11-2022 07:40 PM
dia ni takde mulut ke nak cakap? ayah meh sini remote tu jap kuat bebenor la yah. baby nak tidor sus ...

Ayah mertua dah tua.....telinga tak brp dgr....jd dia tak perasan volume tu tgi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Looks like mak mertua dia lagi bijak dan advance. Dia je kolot itu ini takleh makan. Jenis suka dgr ckp makcik bawang kot? Baby memang elok biasakan tidur dlm keadaan biasa waktu siang mmg ada bunyi. Normal. So petty minah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 9-11-2022 07:14 PM
Saya rasa, perkara2 tak boleh makan itu, tak boleh ni, minta nurse yg cakap kan dgn MIL, mungkin leb ...

Nurse yg patut ckp dgn minah ni fikiran kolot sampaikan halia pun xleh makan. MIL dia lg cerdik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-11-2022 09:02 PM
Nurse yg patut ckp dgn minah ni fikiran kolot sampaikan halia pun xleh makan. MIL dia lg cerdik.

Betul jugak...slalu iols tgk org dlm pantang mkn masakan letak byk halia & Lada hitam....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 9-11-2022 09:02 PM
Nurse yg patut ckp dgn minah ni fikiran kolot sampaikan halia pun xleh makan. MIL dia lg cerdik.

Halia boleh makan ye masa pantang? Saya betul2 tak tau. Saya dah tak ingatla sejarah saya berpantang. Lama naw. Anak pun da masuk sekolah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047892 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list