CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 18

Lantik wanita jadi MB - Shahrizat

[Copy link]
Post time 21-10-2010 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Lantik wanita jadi MB - Shahrizat
SHAHRIZAT (kanan) dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (kiri) menyambut kunjungan Najib di PWTC semalam.



KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar.

Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu jika dilaksanakan dapat memartabatkan peranan wanita di negara ini.

"Saya dan ahli Exco Wanita mesti berani memperjuang dan menyediakan 'prasarana' dan 'lebuh raya' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan, misalnya menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Melonjak Wanita ke Persada Kepimpinan' pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.

Sebelum berucap beliau menerima kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau persidangan pergerakan tersebut.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, sekiranya cadangan melonjakkan kedudukan wanita dalam politik itu menjadi kenyataan, ia bakal menjadi warisan kepada Pergerakan Wanita UMNO pada masa depan.

"Jika Wanita UMNO bersiap sedia dan kita menang Pilihan Raya Umum ke-13, saya percaya cadangan itu tidak mustahil boleh berlaku," ujarnya.

Menurutnya, ia tidak mustahil memandangkan UMNO sekarang diterajui oleh Perdana Menteri yang berwawasan dan mampu mengupayakan golongan wanita.

Dalam pada itu, Shahrizat juga mahu ada lonjakan bilangan wanita dalam persada kepimpinan negara termasuk dalam empat sektor iaitu bagi peringkat nasional, negeri dan sektor awam.

"Saya bertekad untuk mengajak Wanita UMNO bersiap sedia untuk memperjuangkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti dan kerajaan.

"Saya sudah menjadi ahli UMNO selama 30 tahun. Saya tahu bahawa di kalangan Wanita UMNO ramai yang mempunyai bakat dan potensi yang menunggu untuk digilap sekiranya diberi peluang," ujarnya.

Menurutnya, jika UMNO tidak mahu ketinggalan zaman, maka isu gender politik mesti ditangani secara serius dan dihayati di semua peringkat.


nak jadi MB la pulak......abis la seme dia nak......patut dia mintak juga seme jawatan tertinggi UMNO bagi kat perempuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 08:18 AM | Show all posts
Boleh, tapi syaratnye calon adalah yang tak menang pilihanraya, lepas tu merengek2 mintak jadi senator.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 08:22 AM | Show all posts
lepas dah puas merayu baru PM bagi peluang plak pegang jawatan MB.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:14 AM | Show all posts
ada2 jak c sharijat nih...pastu jgn nak jd imam plak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:15 AM | Show all posts
Pompuan mana buleh jadi imam (yakni pemimpin)? Sharizat tak tahu ka akal wanita hanya separuh dari akal lelaki?

Maideen~I luv Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:21 AM | Show all posts
Ya...AN sokong....BN patut membuat janji kalau BN tawan Serambi Mekah, MBnya akan dilantik dari kalangan wanita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2010 09:31 AM | Show all posts
Ya...AN sokong....BN patut membuat janji kalau BN tawan Serambi Mekah, MBnya akan dilantik dari kala ...
Anak_Nogori Post at 21-10-2010 09:21
Tompang tanya sket.....AN ni Islam ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:32 AM | Show all posts
org pmpuan mmg otak bijak..
tapi xleh jd pemimpin sbb nafsu dia 9
takot tindakan yg diambil lbh bersifat emosi

kalo pmpuan jd ketua yg menjaga kebajikan pmpuan xpela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2010 09:35 AM | Show all posts
Hah.....Bila perempuan nak jadi menteri ni...Mahal sgt Alat2 make up imported ...Kasi no duty..
Harap ahkak Pink pun sara utk diri sendiri ja
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:36 AM | Show all posts
Tompang tanya sket.....AN ni Islam ka?
Maideen. Post at 21-10-2010 09:31


Sebenarnya Maideen..wanita lagi cerdik dari kaum lelaki..faktanya ialah..tengok je la kat U kita tu...yg kaum lelaki asik main montot, hisap dada dsb..

So.....sepatutnya wanita diberikan peranan yg lebih..jangan jadi macam muslimah PAS hanya layak ditala dibelakang unta saja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2010 09:38 AM | Show all posts
Ya...AN sokong....BN patut membuat janji kalau BN tawan Serambi Mekah, MBnya akan dilantik dari kala ...
Anak_Nogori Post at 21-10-2010 09:21 AM



x payah la...patutnya BN lantik la Rosmah jadi MB Negeri Sembilan...lagi elok kekdahnya..mesti Anak Nogori suke...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:42 AM | Show all posts
Sebenarnya Maideen..wanita lagi cerdik dari kaum lelaki..faktanya ialah..tengok je la kat U kita ...
Anak_Nogori Post at 21-10-2010 09:36
Maideen tengok pon fikir kalau dibandingkan Tan Sri Zeti Aziz dengan Nik Aziz, boleh agak siapa yang akalnya hanya separoh AN........hahahahahahaha


In fact kalau akal Nik Aziz di campor dengan akal Hadi Awang pon belum tentu cukup lagi ....hahahahha


Tapi nak buat camana AN .....kununnya Rasulullah SAW ada cakap akal wanita hanya separuh dari akal lelaki. Dah la tu ...penghuni neraka kebanyakannya wanita plak tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:43 AM | Show all posts
Sebenarnya Maideen..wanita lagi cerdik dari kaum lelaki..faktanya ialah..tengok je la kat U kita ...
Anak_Nogori Post at 21-10-2010 09:36



    sbnar wanita bkn lbh bijak dr lelaki tp lbh rajin/tekun/gigih drpd lelaki...xsetuju lah perempuan jd MB...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:46 AM | Show all posts




Sebenarnya dia nak minta wanita jadi PM...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:48 AM | Show all posts
Reply 1# akuz

setuju!!!!!
pompuan lebih fokus kalo dlm hal2 pentadbiran..;)
dr sekecit2 hal... hal2 yg korang anggap remeh temeh smpi le sebesor2 sedebab2 masalah!!!!
lagi satu.. pompuan suka PEACE....
kalo lelaki mentadbir.. asyik nak perang jer!!!
tgk je masa perang Iraq.. kan ke semua negara yg ditadbir lelaki yg menyokong nak perang,.... kerajaan yg mcm NZ.. berkecuali dan membantah lagik!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:49 AM | Show all posts
kalau calon MB tu mcm kak ijat, tak nak lahh :re::re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 04:00 AM | Show all posts
iskisk... bnyk buruk jer dari baik.... takmo aaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 04:58 AM | Show all posts
Reply 1# akuz


    tak setuju la...ape kebaikannya..?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 05:02 AM | Show all posts
tak payah lah nak jdi MB pulak! mmglah pompuan juga berkebolehan tapi kemampuan pompuan kan terbatas.. lelaki mmg dilahirkan untuk jd pemimpin!

contohnya, nanti kalu pompuan jd MB, byk aturcara majlis perasmian terpaksa dibuat mengikut kesesuaian seorang pompuan..
nak solat jumaat bersama penduduk pun tak boleh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 1.262978 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list