View: 922|Reply: 3
|
Ernie Menangis Terharu Tok Ti Komen 'Queen', Idam Beraksi Bersama
[Copy link]
|
|
Biarpun Konsert Aku Cinta Syamel Ernie Zakri telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 23 Oktober lalu, namun pastinya sentiasa menjadi sebutan buat peminat pasangan penyanyi ini.
Konsert yang menyaksikan paduan vokal pasangan tersebut turut mendapat perhatian penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menggelar Ernie seorang ‘Queen’ di sebuah hantaran baru-baru ini.
IG Ernie
Tampil membalas reaksi itu, Ernie menyifatkan perkara itu membuatkan dia amat terharu sehingga menitiskan air mata.
“Semua penyanyi mempunyai impian ingin berjaya dalam industri seni.
“Bila dikenali dan dihargai sebegitu rupa, saya secara peribadinya saya menangis. Saya dengan teruja beritahu suami saya ‘TokTi komen’.
“Kita rasa dihargai, kerja kita, penat lelah kita orang dengar dan nampak, jadi ia buatkan saya rasa terharu, Alhamdulillah.
“Bila TokTi komen macam itu saya rasa comelnya TokTi. Saya sayang dia,” jelasnya gembira.
IG Ernie
Dia juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Siti Nurhaliza suatu hari nanti.
“Insya-Allah secara jujurnya takkanlah saya nak cakap ada perancangan, sebab kata-kata ini tidak datang dari saya tetapi sudah tentu ingin bekerjasama, siapa yang tak mahu.
“Insya-Allah semoga ada peluang dan ruang untuk saya sama-sama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Mana lah tahu di atas pentas ataupun rakam lagu official ke. Kita tengoklah, Insya-Allah,” ujarnya.
IG Ernie
Terdahulu, Siti Nurhaliza ada meninggalkan komen di sebuah perkongsian video yang memaparkan Ernie sedang membuat persembahan pada konsert Aku Cinta dengan menyanyikan lagu Ku Bersuara dengan teknik vokal yang memukau.
Sumber: Xtra
|
|
|
|
|
|
|
|
collab dgn makcik sendiri ziana zain dulu la... makcik tu susah beno nak keluar lagu baru |
|
|
|
|
|
|
|
suka sore ernie dlm hal hebat |
|
|
|
|
|
|
|
Sila la berduet ngan Ernie....nyanyi lagu yg Aina Abdul konon nak buat tu...
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|