CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 2

Bengang Asyik Menangis Tak Berhenti, Lelaki Pukul, Cekik, Lempar Bayi Teman Wanita Sampai Mati

[Copy link]
Post time 7-11-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki didakwa memukul anak teman wanitanya sehingga mati.


Kejadian yang berlaku di Batam, Indonesia pada 3 November itu menyaksikan suspek, Randi Pebriansah bertindak sedemikian kerana geram mangsa asyik menangis meskipun sudah dipujuk berkali-kali.


Dia bertindak memukul, mencekik dan melempar mangsa untuk mendiamkannya.


Detik.com melaporkan, suspek yang panik melihat keadaan kanak-kanak itu yang lemah, suspek segera menghubungi teman wanitanya, Amelia sebelum mangsa dikejarkan ke hospital namun mangsa sudah meninggal dunia.




Foto: Detik.com




"Saya sudah suruh diam tapi dia terus menangis. Jadi saya pukul dan campak. Kerana biasa, kalau dia bangun tidur dan nangis ada mamanya. Saya tak beritahu yang saya pukul. Saya hanya beritahu, lepas saya bangun dari tidur, tengok dia tak bergerak."


Ketua Polis Sei Beduk, Betty Novia berkata, penderaan itu terbongkar selepas keluarga mangsa melihat keadaan mayat mangsa yang dipenuhi dengan kesan bengkak di dahi dan lebam di beberapa bahagian badan.


Susulan daripada itu, keluarga mangsa nekad membuat laporan polis dan suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan.


Difahamkan, Amelia telah meminta pertolongan teman lelakinya itu untuk menjaga anaknya ketika dia bekerja. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite dari seberang pun nak diup ke bosan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 09:55 AM | Show all posts
kejamnya manusia. aku rasa xkisah la cte dr seberang ke apa. kalau sesuatu kejam begini kita patut tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.198372 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list