CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6264|Reply: 34

Jadi Artis Jemputan Ketika Konsert Rossa 25th Shining Year, Hael Husaini Tak Dapat Tepukan Dan Tak Dipedulikan

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:14 AM | Show all posts |Read mode




Sana-sini masih bercerita tentang Konsert Rossa 25 Shinning Years yang mendapat sambutan hebat ribuan peminat setia di Malaysia.


Figura seni suara Indonesia, Datuk Seri Rossa mendendangkan sebanyak 27 lagu pada malam tersebut yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Rossa turut mengundang Hael Husaini untuk menyanyikan lagu Kamu Yang Ku Tunggu sebelum Hael mengambil alih pentas menyanyikan lagu hits Rossa, Ku Menunggu.


Namun memetik DIVA dari Kosmo yang hadir menyaksikan konsert tersebut baru-baru ini, Hael tidak mendapat tepukan dari orang ramai ketika muncul di atas pentas.


"Diva rasa kasihan pada Hael. Ketika penyanyi berwajah ‘oppa’ itu muncul di atas pentas, suasana yang mulanya gamat dan meriah tiba-tiba bertukar suram. Langsung tak ada orang tepuk tangan.


Jauh sekali pekikan daripada penonton yang teruja melihat kemunculannya dalam konsert tersebut. Kalau ada pun, mungkin seorang dua sahaja yang bertepuk tangan ketika Hael menyanyi.





Yang ketara, ramai seakan-akan tidak suka melihat penampilan Hael dalam acara tersebut sehinggakan Diva sendiri nampak ada dalam kalangan penonton ‘buat muka’ seperti tidak senang melihat Hael.


Berbeza ketika penyanyi Judika membuat persembahan. Boleh dikatakan dewan seperti mahu runtuh dengan laungan penonton yang menjerit-jerit memanggil namanya.


Diva cuba fikir positif, mungkin penonton yang hadir malam itu bukanlah terdiri daripada peminat Hael Husaini".


Sekadar info, penyanyi Hael Husaini menjadi antara penyanyi undangan yang membuat persembahan dalam konsert tersebut, selain Judika. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke? Kesiannya dia.. Ingatkan ramai peminat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 7-11-2022 05:06 AM
Betul ke? Kesiannya dia.. Ingatkan ramai peminat

Concert rossa ni ramai oldtimer (read org tua) yg pegi…so maybe bukan dikalangan crowd hael

So x pelik lah kalau dpt sikit je tepukan

Btw, rossa nyanyi byk juga gelincir…jgn refer yg nyanyi ngn hael ni. SG tgk kat ig ifa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Peminat boleh datang dan pergi.jgn lupa diri, sentiasa jadi diri sendiri.. tu je nak pesan pada rentis
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 08:55 AM | Show all posts
dia nyanyi pun tak pandang crowd, takde interaction, ngadap rossa saja
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 09:08 AM | Show all posts
macam pakai seluar pinjam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbbtu vocal kena mantap klu jd penyanyi… klu tetamu undgn dia aina, erni, hafiz mesti fans rossa tu pun teruja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 10:17 AM | Show all posts
DAHHHHH TUUU .... nonok ni nyanyi pun mana pernah eye contact ngan peminat..sepanjang buat show feeling je lebih kadang ngan shades dia tu..muka acah2 kontrol sengih2 kekwat pondan je...siapa nak sorakkan..lagipun fans Rossa ni maybe bukan circle layan lagu2 helina ni....so..terima je lah suasana sepi tu..kau buat highlight of the show pun..filler je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 10:57 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 7-11-2022 10:17 AM
DAHHHHH TUUU .... nonok ni nyanyi pun mana pernah eye contact ngan peminat..sepanjang buat show feel ...

nonok haruslah maintain ayu gitu kannn....
terkemut2 dengan harapan ada ler abam sado notis gitu.... hahahahaha...

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 10:58 AM | Show all posts
Mujur tak kena boo.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
adakah yang datang kebanyakan yendon majapahit??
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 11:15 AM | Show all posts
Gelinya pakaian heshe, acah kpop sangat.. hello haell, ko pegi duduk korea or thai sana
Weols still suka lelaki dark, tall & hensem
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 11:18 AM | Show all posts
kau kalau peminat rossa, bleh masuk ke dgn Hael? ce tnya diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 11:55 AM | Show all posts
Masalahnya live hael ni hauk. Lagu Haram tu, recording version suara dia kuat nak mampus dari Dayang.sekali live AJL tuu diaaa suara dia tenggelam sedalam lautan pasifik.autotune je lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian hael..cam dah takde identiti...dulu elok je time buat lagu best2..ke dah pisah ngan ezra kong jadi mcm lost gituh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 01:15 PM | Show all posts
Kalau hapiz yg jd undangan mesti best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2022 01:21 PM | Show all posts
duri_durians replied at 7-11-2022 11:18 AM
kau kalau peminat rossa, bleh masuk ke dgn Hael? ce tnya diri sendiri.

iols okay je. dua2 penyanyi yang talented dengan lagu yang sedap2

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk ramai je audience tepuk dan jerit.
Tapi idokler satu dewan tu

Reporter saja lah tu tulis asal ada highlight dr konsert rossa
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lainn diaa niee. Banyak sangatt modified sampai jadikk pelekk
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 7-11-2022 11:18 AM
kau kalau peminat rossa, bleh masuk ke dgn Hael? ce tnya diri sendiri.

Alahai macam la yg suka rossa tak kenal hael langsung..kat situ macam2 orang ada..artis malaysia pun ramai datang.tak ada maknanya karatz rossa tak boleh suka lagu lain... Zaman bila la ni  nak karatz satu artis je..artis lain tak boleh layanz
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.234770 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list