CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 11

Nak Cabar Azmin Ali, Azwan Ali Sah Bertanding Parlimen Gombak

[Copy link]
Post time 4-11-2022 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Bukan lagi cakap kosong, pengacara sensasi, Azwan Ali membuat pengesahan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)  merebut kerusi Parlimen Gombak atas tiket calon Bebas.


Katanya dia tidak kisah dengan kritikan orang ramai menyifatkan penglibatannya kali ini sebagai ‘pengacau’ yang membawa kepada perpecahan undi.


“Saya tak hairan apa orang nak cakap tapi apa yang penting, saya berasa sangat bertanggungjawab untuk melakukan perubahan di negara ini.


“Buat para pengikut, saya tahu kalian mahukan saya bertanding. Tak kisahlah saya menang atau tidak, itu bukan sebab mengapa saya berani bertanding.


“Saya gemuruh sebab akan melawan dua personaliti iaitu penyandang, Azmin Ali dan Amiruddin Shari. Tapi, kalau tanya saya, sokongan saya ‘pergi’ kepada Amiruddin Shari. Mengapa? Saya akan beri penjelasan dan jawapan esok hari,” katanya.




Foto: IG




Azwan atau mesra disapa dengan nama Diva AA bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini dilaporkan sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.


Pengacara bermulut laser itu juga bakal menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).


Azwan berkata, andai tidak bernasib baik pada pada PRU15, beliau tidak kecil hati kerana mendapat sokongan ramai termasuk daripada Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ketua Cabang PKR Gombak.


Azwan, 56, berkata, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, esok.


Beliau sempat memberi peringatan kepada abangnya, Azmin untuk tidak terlalu mendongak ke atas dengan kejayaan yang bersifat sementara.


“Saya akan datang awal pada hari penamaan calon esok. Pukul 8 pagi saya akan terpacak di sana! Buat Azmin Ali, selamat maju jaya buat anda. Ingatlah asal usul kita.


“Saya minta dia hayatilah lagu lirik lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Terbang Helang.


“Lagu itu saya tujukan buat Azmin. Dia boleh menang dan dia boleh terus terbang tinggi dengan labu-labunya, tapi ingat, suatu hari dia akan jatuh,” tuturnya.


Menurutnya lagi, kalau sebelum ini pada PRU14 dia berhabis puluhan ribu untuk bertanding kerusi DUN Bukit Antarabangsa, kali ingin beliau menganggarkan lebih RM50,000 untuk kerusi Parlimen.


“Saya keluar duit sendiri. Tiada orang sponsor atau taja. Saya tak kisah berhabis wang berpajak gadai demi melihat Malaysia yang maju dan ‘bersih’.


“Orang nak maki atau cemuh saya, silakan tapi saya tahu apa yang saya buat. Bukan hanya berpeluk tubuh jari jemari ligat atas papan kekunci telefon,” katanya lagi.


Terdahulu, Azwan yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU14 bagi DUN Bukit Antarabangsa mencuri perhatian netizen apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya dengan solekan ala wanita.


Pada PRU14 empat tahun lalu, Azwan hanya meraih 90 undi sekali gus tewas di kawasan tersebut selepas menghabiskan berhabis puluhan ribu ringgit untuk berkempen. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dibah oiiii baik chuols ajak penyokong chuols aokong mb selangoq je kalo camtu (kalo ada penyokong lah kannnn) duit limaploh ribu tuh boleh chuols chikcur kat Bali dgn anak hekan kauuuuuuu merecik
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 05:48 PM | Show all posts
Acikgomen: Dibah oiiii baik chuols ajak penyokong chuols aokong mb selangoq je kalo camtu (kalo ada penyokong lah kannnn) duit limaploh ribu tuh boleh chuols chi ...

wang pertaruhan RM50k?
hahaha tu pon dpt derma dari jemin

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 je dorang ni. Last2 share2 je number akaun.  Propa
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku rasa adik beradik ni macam sengaja buat camni supaya orang obviously akan vot Jemin? Ada deal apa-apa ke kalau Jemin menang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dpt rendang ke kalo undi dibah..adik dia ummi dah keluar produk rendang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2022 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
drg ni adik beradik mmg xbaik ek? sbb apekahhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 12:42 PM | Show all posts
Iols baca kt mana, dibah dh tarik diri sbb mimpi maknya tk bagi bertanding kikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni bole guna logo hanjenggg plak sesuai dgn dibah yg asyik menyalak je koje nye. Nak lagi epik letak logo pokeyyy mak hg…
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kencing kuat diba aa nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2022 09:38 PM | Show all posts
Nnti hbislh smua org d hanjjjj kn.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 11:52 AM | Show all posts
Bukan dah SAH ke tak jadi bertanding lwn abang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.109341 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list