CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3218|Reply: 40

'Mama Mana?' - Budak 2 Tahun Dibiar Seorang Diri Tanpa Penjaga Di Tingkat 16 Kondominium

[Copy link]
Post time 3-11-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak dipercayai lingkungan usia dua tahun bernasib baik bertemu individu yang sanggup menjaga dan menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga.


Difahamkan, insiden itu berlaku apabila seorang wanita melihat kanak-kanak terbabit berada di luar sebuah unit kediaman di Selayang, Selangor.




Tangkap layar seorang kanak-kanak dipercayai terlepas daripada jagaan pengasuhnya dan dibantu oleh wanita.





Kejadian berlaku di tingkat 16, Blok B, Kondominium Selayang itu dirakam wanita berkenaan dan menunjukkan kanak-kanak yang berbaju kemeja-T putih lengan hijau dan seluar pendek tanpa mengenakan kasut terbabit bersendirian di luar rumah.


Atas dasar kemanusiaan, wanita itu membunyikan loceng rumah tersebut yang disangkakan kediaman kanak-kanak berkenaan.


Bagaimanapun, dia hampa apabila pemilik rumah memberitahu kanak-kanak itu bukan ahli keluarga mereka.


Wanita itu mula kebingungan lantas meneruskan usaha mencari waris dan rumah kanak-kanak berkenaan.


Kanak-kanak malang itu kemudian menangis sambil menunjukkan sesuatu, seolah-olah mahu memberitahu lokasi rumahnya hingga membuatkan wanita berkenaan mengikutinya dari belakang.







Beberapa ketika kemudian, penjaga kanak-kanak itu muncul dan segera membawanya naik ke tingkat atas bangunan.


Bagaimanapun, identiti pengasuh kanak-kanak dalam video berkenaan tidak didedahkan.


Video dimuat naik di TikTok itu menarik perhatian pengguna media sosial dan menggesa agar tindakan tegas dikenakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang cuai.


Sementara itu, pengguna akaun @rinnzkfli mengaku sebagai sepupu kanak-kanak berkenaan meninggalkan komen di video tersebut.




Add Image Caption Here





Akaun TikTok miliknya menunjukkan paparan rakaman skrin perbualan dengan individu bernama Mak Teh.


Pada masa sama, rinnzkfli turut mengesahkan kanak-kanak yang dipanggil Ean itu berada dalam keadaan selamat.




Sumber: Majoriti










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 05:36 PM | Show all posts
Parents pprt
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 3-11-2022 05:36 PM
Parents pprt

duduk kondo sis
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 3-11-2022 05:51 PM
duduk kondo sis

Peranagi tu dah tertulis gitu. Sama cam parents kat pv 18 hari tu. Lepas tu meroyan. Marah org viralka sampai ckp tunggu akhirat nanti. Dia dlm umah buat apa tah sampai anak2 duduk atas belebas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takder group WhatsApp dengan penduduk/management ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:15 PM | Show all posts
arasham replied at 3-11-2022 09:54 AM
Peranagi tu dah tertulis gitu. Sama cam parents kat pv 18 hari tu. Lepas tu meroyan. Marah org vir ...

Oh kes pv 18 hari tu aku tak tahu, ada ramaii rupanya parents pprt tak tahu anak mana hala ni. Issh geram patutnya dorg ni kena dakwa, anak kena rampas dgn jkm baru oadan muka. Aku agree klu kjaan buat mcm tu sbb keselamatan n kebajikan budak2 mengatasi segalanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg biarkan anak2 kecil mandi kat swimpool..umur 2,3 4 tahun. Kita pula yg takut , tunggu sampai magrib mana la parents  budak kecil ni. Bila tanya..ckp mak ayah tau..berjam lamanya biarkan anak.  
Mentality parents skg mmg hati batu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 3-11-2022 06:15 PM
Oh kes pv 18 hari tu aku tak tahu, ada ramaii rupanya parents pprt tak tahu anak mana hala ni. Iss ...

Mentaliti parents sekarang camtulah kalau mati, ada anak syurga menanti di sana. Lepas buat lah anak lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 06:22 PM | Show all posts
Purplehaz replied at 3-11-2022 06:18 PM
Ada yg biarkan anak2 kecil mandi kat swimpool..umur 2,3 4 tahun. Kita pula yg takut , tunggu sampai  ...

pastu cakap, "Ala takpe, orang ramai kat situ. Security guard ada apa guna."

diorang ni spesis takde hati perut. dapat anak, rezeki. anak mati, dugaan. takpe, buat baru.


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:24 PM | Show all posts
arasham replied at 3-11-2022 10:20 AM
Mentaliti parents sekarang camtulah kalau mati, ada anak syurga menanti di sana. Lepas buat lah an ...

Jenis mcm ni klu anak mati patutnya kena dakwa careless membunuh anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 3-11-2022 06:24 PM
Jenis mcm ni klu anak mati patutnya kena dakwa careless membunuh anak

Politaik malaysia penyebab undang2 gini tak dapat dilaksanakan. Apakan daya.. hampir 16 tahun kat forum ni kami ckp ttg pengabaian kanak2 ni. Dari nurin bawak ke mawi, syarlini dan raaaaamaiii lagi!!! Tiada perubahan. Yg mati dlm kolam, mati dlm mesin basuh, mati dlm parit, mati dibantai kekasih maknya… terlalu banyak kes kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:31 PM | Show all posts
arasham replied at 3-11-2022 10:26 AM
Politaik malaysia penyebab undang2 gini tak dapat dilaksanakan. Apakan daya.. hampir 16 tahun kat  ...

Agree, aku pun bengang dorg takde buat apa, kecohh main politaik. Ni masalah2 rakyat ni taknak buat apa. Patutnya sbg kjaan nampak ada masalah tertentu cari jalan utk tangani, mcm kes2 ni blh buat sesuatu berkaitan dgn undang2 tp tu lah jadinya bila pegang jd menteri takde buat keja apa sgtt. Huh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kat fb ..mak budak.yang kena langgar memaafkan orang yang melanggar..pastu tanya kenapa tak hanto ke.klinik..nape biarkan.sorang2...

Entah.le...
Peliks2 la.manusia skang
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 3-11-2022 06:22 PM
pastu cakap, "Ala takpe, orang ramai kat situ. Security guard ada apa guna."

diorang ni spesis ta ...

Sama juga dkt padang permainan, emak ayah bawa ank dtg situ ank di biarkan main ikut dan, emak/ayah  asyik dgn phone, harap org jagakan ank dia. Geram jerr tgk.
Pernah jd dkt pool ada budak parents biarkan main pool sensorang, syukur masa dia tenggelam timbul tu akak nampak akak srh ank akak naik dr pool, akak ckp jgn turun dah tgk mama, akak meniarap tepi pool hulur tgn capai tangan budak tu. Tarik naik lps tu org sekeliling pakat tgk akak mcm salah akak pula terpaksa la explain ckp ni bkn ank saya saya pun tolong jerr????.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz replied at 3-11-2022 06:18 PM
Ada yg biarkan anak2 kecil mandi kat swimpool..umur 2,3 4 tahun. Kita pula yg takut , tunggu sampai  ...

wesss sama!!!! dah la umah iols ni pool kat clubhouse share utk 3block. mula2 iols bwk anak, depa 2org dok mandi dah dlm tu tp ramah bdknya tegur2 anak iols. awal2 rasa mcm ada penjaga dok tepi pool tu. pastu kan ms weols nak blk tgl iols sorg diri dgn bdk 3 org dlm pool termasuk anak iols.

i tnya la dtg dgn sapa rupanya mmg dtg berdua je tnjuk dia dok block depan yg inform tu dlm 5thn gitu, adiknya mcm sebaya anak iols dlm 3thn kot.
aku plak dok gelepur tggu penjaga dia mai nak tgl kan jd apa2. yg guard situ igt anak iols

lama gak la tggu, mai la indon terkedek2 panggil bdk2 tu naik. katanya bdk2 tu pandai berenang so blh je tgl berdua gitu, giler arr bdk baya gitu apa la yg ko hrp sgt
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 3-11-2022 06:40 PM
wesss sama!!!! dah la umah iols ni pool kat clubhouse share utk 3block. mula2 iols bwk anak, depa  ...

Bibik indon selalu mcm ni ambik mudah, ank adik ipar 2 org mcm tu lah budak agak lasak bila dtg rumah akak dia ckp mcm ni ibu tlg jg ini dua ya biar saya buat kerja rumah, silap bsr lah dia, akak tak ckp byk bg jer sedas bibik ini rumah saya jd saya yg bg arahan bkn bibik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2022 07:14 PM | Show all posts
Kesian nya bdk tu berkeliaran sorang2 kalo la pape terjadi nauzubillah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by isseliparjepun at 3-11-2022 08:21 PM

Citernya gini

Pengasuh budak ni pergi buang sampah, tapi pengasuh tu dah tua, 60++ ke dah 70+. Diminta mengasuh oleh pasangan suami isteri dengan bayaran rm150/month. Makcik ni dah kata tak nak mengasuh, dipaksa juga. Acik rela dalam terpaksa sebab dia pun mengasuh cucunya juga.

Things happen. Dia keluar pergi buang sampah, cucunya maklumkan anak asuhan ni hilang. Acik pengasuh mencari bagai nak rak. Dia pengsan sebab menjerit jerit cari anak asuhan. Janda foodpanda konon prihatin terserempak budak ni ketuk ketuk pintu jiran. Terus record dan viralkan.

Tak sampai 5 minit kejadian ni. Makcik lega anak asuhan dijumpai. Parents budak buat report atas sebab kecuaian. Janda foodpanda taknak delete video tu. Dia nak contact parents budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 3-11-2022 08:17 PM
Citernya gini

Pengasuh budak ni pergi buang sampah, tapi pengasuh tu dah tua, 60++ ke dah 70+. Dimi ...

Rm150 sebulan? Hantar kucing pun lebih rm10 sehari sekarang. Rm10 tu 10 taun lepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh mai budak asuhan terlepas dari rumah ke
No need to viral la
If concern sgt pi jumpa parents budak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078668 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list