View: 1926|Reply: 11
|
Mhia Tak Berniat Tumpang Nama Ibu, Nenek
[Copy link]
|
|
Dilahirkan dalam keluarga berdarah seni bukan sesuatu mudah buat pelakon remaja, Mhia Farhana Firdaus, 16, apabila ada yang berpandangan skeptikal terhadap kehadirannya.
Menceburi dunia seni disebabkan minat, malah tidak terlintas menumpang nama nenek yang juga pelakon dan aktivis teater, Fauziah Nawi serta ibunya, Farah Ahmad.
Membawa watak Tun Fatimah ketika muda dalam Teater Sri Kandi Tun Fatimah, Mhia berkata, dia cuba mengabaikan persepsi orang, namun, ada masa perasaannya tetap terguris.
Mahu membuktikan kemampuan menerusi watak Tun Fatimah, Mhia akan melakukannya dengan baik agar persiapan selama beberapa bulan tidak sia-sia. - NSTP/Azhar Ramli
"Saya sebolehnya enggan sesiapa tahu saya adalah cucu Fauziah dan anak, Farah ketika menghadiri sesi uji bakat.
"Saya tahu orang pasti akan melemparkan persepsi bukan-bukan, termasuklah mendapat watak Tun Fatimah kerana saya adalah cucu Fauziah.
"Apa yang membuatkan saya kecewa ada yang tidak memberi peluang untuk saya membuktikan bakat terlebih dahulu, sebaliknya belum apa-apa sudah mengaitkan saya dengan nenek dan mama.
"Saya cuba tidak ambil kisah apa yang orang perkatakan, namun, sedikit sebanyak pasti berbekas di hati jika asyik cakap benda sama.
"Tidak sejak awal sudah melabelkan saya, sampai bila-bila mereka akan terus memperkatakannya," katanya yang ditemui pada sidang media teater Sri Kandi Tun Fatimah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, baru-baru ini.
Teater Sri Kandi Tun Fatimah menyaksikan Farah dan Mhia memegang watak srikandi itu dipentaskan di Auditorium Utama, UIAM selama tiga hari mulai hari ini.
Bagi menyangkal tanggapan silap terhadap kemampuan sebagai pelakon, Mhia berkata, dia menggilap bakat dengan berlatih bersungguh-sungguh agar dapat membuktikan kemampuan menjadi pelakon yang baik.
Barisan pengarah, pelakon, kru dan tenaga kreatif STEFANI bersemangat mementaskan teater Sri Kandi Tun Fatimah di Auditorium Utama, UIAM, mulai hari ini. - NSTP/Azhar Ramli
Mahu membuktikan kemampuan menerusi watak Tun Fatimah ketika muda, Mhia berkata, watak itu berat, namun akan melakukannya dengan baik agar persiapan selama beberapa bulan tidak sia-sia.
"Ini adalah satu peluang besar, namun, mengetahuinya bukan kisah fantasi memberikan sedikit tekanan.
"Walaupun penat macam mana sekalipun, saya akan berusaha membawakan watak Tun Fatimah sehabis baik kerana tidak mahu orang mempertikaikan usaha saya," katanya.
Sementara itu, Farah berkata, Mhia tidak berdiri atas nama keluarga semata-mata, sebaliknya orang luar tidak tahu berapa banyak dilaburkan untuk Mhia sejak kecil demi menggilap bakat seninya.
Katanya, jika melawan dari rupa paras dan glamor, mungkin mereka kalah, namun senjatanya ada hanyalah bakat.
"Kalau ada pertikaikan, carilah dalam enjin carian Google apa yang saya laburkan untuk Mhia sejak kecil lagi.
"Mhia pernah menyertai Permata Negara dan saya turut menghantar Mhia ke kelas vokal. Jadi, Mhia bukan berdiri atas nama keluarga.
"Saya sentiasa cakap pada anak-anak, lantaklah apa orang hendak kata. Kita hanya boleh lawan balik dengan membuktikan bakat.
"Jika ada bakat, tetapi tidak digilap pun tidak jadi juga. Sebab itu, saya hantar Mhia ke pelbagai kelas untuk menggilap lagi bakatnya," katanya.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
who are yussss dikkk... tapi mak kau memang A+ lakonan... lantak la rupa biasa2 pun janji meletop lakonan sheols... harap2 ko pun meletop dalam lakonan nanti...
tapi kan dalam filem MK tu nak je kaka tukar watak mak heshe ni dengan zarina tu... sebab lagi sesuai yang tu dengan beto... walaupun trauma tengok filem kena beliak2 bijik mata bila bercakap... |
|
|
|
|
|
|
|
produksi teater pun nenek dia punya kan... nak watak mak dia masa muda, for sure amik dia, logik lah, wajah & features sama, cara cakap sama.... nak tahu betul-betul berbakat ke idok, kena try production lain... hilangkan stereotaip nek FN atau mak adik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak arwah Pitt Hanif - AD yg meninggal lemas masa mancing. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 28-10-2022 11:50 AM
who are yussss dikkk... tapi mak kau memang A+ lakonan... lantak la rupa biasa2 pun janji meletop la ...
Mak dia tu memang pandai berlakon kan. Teringat sheolls berlakon dlm tombiruo tu |
|
|
|
|
|
|
|
moga bakat lakonan ko sehebat nenek dan mak ko dik |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dh berlakon filem roh jugak rasanya... Ke tu org lain |
|
|
|
|
|
|
|
ooohh ni cucu cik pojiah yg ayhnye mninggal tu kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
silampumeja replied at 28-10-2022 01:20 PM
Dia dh berlakon filem roh jugak rasanya... Ke tu org lain
Haah betul dia la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan tadi waris 7 keturunan Mahsuri. Bila baca, cucu Fauziah Nawi rupanya.
Aku suka lakonan mak dia ni sebab "hidup". |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek dia pun ala2 je tahap lakonan,xde lah hebat sangat pun |
|
|
|
|
|
|
|
moga terus maju jaya ye dik. sabar banyak banyak. selamat datang ke dunia seni |
|
|
|
|
|
|
| |
|