View: 1976|Reply: 15
|
Umur Dah 51 Tahun, Bukan Masa Amy Mastura Terkejar-Kejar Tawaran
[Copy link]
|
|
Pada usia mencecah 51 tahun, penyanyi dan pelakon, Amy Mastura selesa mengambil pendekatan bersederhana dan tidak lagi sibuk mengejar pelbagai tawaran.
Penyanyi lagu Jawapan Kasih itu sebaliknya mahu memanfaatkan masa yang ada untuk diri dan keluarga selepas sekian lama dihambat kesibukan kerja.
Foto: IG
“Saya masih menyanyi dan berlakon. Tetapi pada usia sekarang, saya tidak lagi terlalu mengejar tawaran.
“Saya tidak mahu hidup terkejar-kejar. Kalau terima sesuatu tawaran, hanya itu yang saya selesaikan pada satu-satu masa,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sepanjang kerjayanya, Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi telah melahirkan 13 album termasuk tujuh album studio, tiga kompolasi, satu remix serta dua OST filem.
Dia juga telah berlakon dalam 14 filem termasuk Impian, Puteri Impian dan Trauma.
Kata Amy lagi, sejak dahulu dia tidak pernah merancang perjalanan kerjaya seninya, malah hanya mengikut sahaja apa yang telah ditentukan Allah.
“Saya bersyukur kerana Allah beri lebih daripada apa yang saya mahukan. Saya tidak bercita-cita tinggi, malah jadi penyanyi pun sekadar mahu dengar suara di radio.
“Saya fikir hanya mahu ada satu album, tetapi Alhamdulillah, Allah beri lebih. Saya hargai apa yang saya terima dan bersyukur dengan ketentuannya,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
sheols muka sweet, suka tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kini selamanya aku minat dia ni
Lagu2 di semua best, filem pun best drama yg dia blakon pun aku suka
X try hard n sentiasa cool.
Kipidap kak amy. Luvvvv |
|
|
|
|
|
|
|
sore dia sumbang+sengau tapi pandai pilih lagu2 sume best iols suka. belakon pun best.karektor dia pun main peranan buat org suka dia
tgk cite keluarga bahadon tu pun best jugak dia blakon. |
|
|
|
|
|
|
|
comel eh. ok la nek mas. ko duk jela ilek2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dekmieDandy at 27-10-2022 11:57 AM
haritu tengok balik toll gate girls kat youtube
walau quality 144p sajor, tetap gigih tengok sebab memang suka kekmy ni
lakonan dia semua best, kalau nak tengok puteri impian kadang-kadang kat tv6 (myTv) kadang-kadang ada
walaupun suara dia nak menyanyi tak macam dulu, album dia tetap top playsit spotify iolls
go kekmy!
|
|
|
|
|
|
|
|
laki sheols kaya, why bother nak gigih kerja sana sini lagipun sheols nampak macam sejenis berjimat. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka dia berlakon dr menyanyi tp masalahnya lagu2 dia boleh layan best rancak2 walopun sore haus sengau ... |
|
|
|
|
|
|
|
antara retis yg iols minat dan suka
sejenis tenang lek lek... dia dgn anak dh mcm adik beradik, comel menten jeee |
|
|
|
|
|
|
|
nampak happy go lucky jeh...
walaupun kuat latah |
|
|
|
|
|
|
|
Saya suka amy sebab she just being her true self. Apa yang kita tgk, itu la dia sebenar. Dan dia pun bukan jenis nak berlawan2. Sebab tu dia masih kekal relevan sampai sekarang dlm industri ni. Tak kira la bidang nyanyian atau lakonan. |
|
|
|
|
|
|
|
tp kuat melatah ye dia,kalau kt astro tu byk la censor nya..tgk arena panggang, super spontan |
|
|
|
|
|
|
|
suka sbb dia humble.. chill2 je... |
|
|
|
|
|
|
|
Haa nampak kan apa kesannya kalau hidup ni cheerful, lek lek dan sabar. Ngko tak dimakan dek usia |
|
|
|
|
|
|
| |
|